Khamis, Disember 25, 2008

Haram ucap 'Mery Krimas' atau yg sewaktu dgnnya

LAILAHAILLALLAH
Penting!!! Seorang bekas biarawati kristian yang masuk Islam memberitahu dalam ceramahnya haram bagi seseorang umat Islam ucap Selamat Hari Nata.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya. Jika anda ucap Gong Xi Fa Chai, maksudnya Selamat Tahu Baru C ina (WALLAHUALAM). Happy Deepavali Selamat Menyambut Pesta Cahaya (WALLAHUALAM), tetapi maksud Selamat Hari Nata.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya adalah Sejahtera Keatas Tuhan Yesus (NAUZUBILLAH). Dengan perkataan sahaja k ita boleh rosak ak ida h, yakni murtad. K ita umat Islam beriman LAILAHAILLALLAH yakni TIADA TUHAN DISEMBAH SELAIN ALLAH, jadi ucap Sejahtera Keatas Tuhan Yesus untuk apa (NAUZUBILLAH)? Sebarkanlah perkara ini, berdosa k ita jika tak sampaikan benda yang hak. NAUZUBILLAH. LAILAHAILLALLAH.

Kiriman Daripada: "Shamshul Amri, Jusoh" <ShamshulAmri.Jusoh@ap.sony.com>

Selasa, Disember 23, 2008

REDANG TRIP !!!!

KENGKAWAN SEMUA ...MACAMANA PLAN NAK G REDANG TAHUN DEPAN ....?

Rabu, Disember 17, 2008

Senarai Sahabat2 serta No. H/Phone.

Senarai nama dan no. tel. sahabat2 mashoorian85-91 dalam simpanan aku.
Sapa2 yg ada no. tel sahabat2 lain atau no. dah tukar. sila sms no. baru kat aku (013-4282499) atau email (szbm272@gmail.com) atau klik pada ulasan/komen/pendapat di bawah dan taip no.tel baru dalam kotak yang disediakan.

1. Pak Jan. 013-4282499.
2. Mat Mi. 019-4113709
3. Che Su. 012-4813005
4. Busra. 012-4157972
5. Mat Biaq. 013-4288880
6. Ome. 012-4907788
7. Aji Uti. 019-4112259
8. Joa. 019-4529885
9. Jiman. 012-4802357
10. Kamalrock. 012-3215075
11. Mohaili. 012-4559045
12. Nizar. 012-4904660
13. Cengkoi. 012-4285250
14. Paok. 012-5841289
15. Pegawai (Hj. Badrul) 012-5117200
16. Pajak. 019-4567880
17. Zek. 017-4789911
18. Jefri Din. 013-4336532
19. Barak. 012-4414805
20. Has. 013-4435007
21. Man Robot. 012-5593747
22. Kliwon. 012-4133945
23. Shining. 012-4760695
24. Arman. 012-4701524.
25. Asri. 013-5981859.
26. Ben. 019-4483388.
27. Shahrul Fendi. 016-5034538/019-4734855.
28. Dasmin. 019-4661924.
29. Demon. 019-4815581.
30. Harun. 012-6466072.
31. Hidir. 012-4658060.
32. Kamal Gemuk. 012-4321014.
33. Kimi. 019-5680161.
34. Nazri-koley. 019-5428192.
35. Moza. 019-5465311.
36. Pak Din. 012-4662820.
37. Pak Ya. 012-2872425.
38. Pian. 019-7162260.
39. Merican. 019-4244444.
40. Wisam. 013-4661221.
41. Zaidi. 012-2019110.
42. Man Ishak. 016-6831948.
43. Budin. 012-4727294.
44. Rizal bunga. 019-2468457.
45. Malan. 012-5742605.
46. Bazlan. 013-4588616.
47. Tikuih/Ke oun.. 019-2468457.
48. Zamzuri. 012-4578178.
49. Muif. 012-3050636.

Jemputan Ke Kenduri Adik Moza (Mohd Zambri)

Assalamu'alaikum warahmatullah...

Sahabat2 semua... Diriwayatkan oleh Assayuti daripada Azzambri katanya "adapun kenduri adiknya akan berlangsung seadanya di perkarangan akan rumah toknya yang bermukim akan kawasan Merbok. Itulah yang dinyatakan akan Merbok itu berada di naungan negeri Kedah Darul Aman. Adapun akan bila berlakunya kenduri itu adalah disebutkan pada dua puluh sembilan Zulhijjah tahun seribu empat ratus dua puluh sembilan Hijriyah bersamaan dua puluh tujuh haribulan Disember tahun dua ribu lapan Masihi bersamaan hari Sabtu."
(Riwayat Assayuti) perawi sahih niii....

Ada faham ka sahabat2... kalau tak faham baca tafsiran di bawah.

Tafsirannya:....

Masa kenduri Demon, Aji Uti bagitau aku: "Moza tak dapat hadir kenduri Demon pasai dia berada di Johor (balik kampung isteri) ketika itu. So... dia kirim salam dengan lafaz Assalamu'alaikum.... pada sahabat semua.. dan Moza pesan pada Aji Uti habaq kat aku dan wakilkan aku melalui blog ni jemput semua sahabat ke Majlis Perkahwinan adiknya yang akan di adakan seperti berikut :-

Tarikh : 27 Disember 2008 = 29 Zulhijjah 1429
Hari : Sabtu.
Tempat : F48 Jln Sek. Men. Keb. Merbok, Merbok, Kedah.

Panduan ke rumah kenduri. Dari tol Sg. Petani Utara ke Sek. Men. Keb. Merbok.

Klik gambar untuk besarkan.

Driving directions to K150
16.0 km – about 17 mins

From Sg. Petani Utara Plaza Tol
1. Head west toward 1 - 5.0 km
2. Turn right at Jalan Taman Orkid -0.4 km
3. Continue on Jalan Raya Semeling -3.1 km
4. Slight left at K1 -3.9 km
5. Turn left at K633 -1.2 km
6. Turn right at K634 -0.1 km
7. Continue on K633 -1.8 km
8. Turn right at K634 -0.2 km
9. Turn right at K150 Destination will be on the left -0.3 km

http://maps.google.com/maps?f=d&saddr=Unknown+road&daddr=5.714978,100.416584&hl=en&geocode=FceaVgAdubT9BQ%3B&mra=dme&mrcr=0&mrsp=1&sz=14&sll=5.708743,100.446625&sspn=0.0433,0.10952&ie=UTF8&ll=5.704644,100.457182&spn=0.043301,0.076904&z=14

Ehsan daripada GoogleMap http://maps.google.com/

Sapa2 yang boleh pergi bagitau aku... nanti kita konvoi sama2 ke sana.... kita set pukoi beqapa dan dimana nak berkumpoi...

Cadangan awal : berkumpul 27.12.2008 (Sabtu) tol Sg.Dua jam 10 atau 11 pagi. Sapa yang nak tunggu di mana2 tepi h/way nak ke utara boleh jugak.

Minta cadangan lain kalau ada... klik ulasan/komen/pendapat di bawah dan taip dalam kotak/ruang yang disediakan.

Sekian, wassalam.

Isnin, Disember 15, 2008

Kenduri Demon Meriah Dengan Kehadiran Sahabat2 Mashoorian85-91

Majlis Perkahwinan di rumah Pengantin Perempuan, 13.12.2008. Nizam (geng badminton), Pak Jan, Ali (geng badminton) dan Shining. Antara sahabat2 yang hadir ke Majlis Perkahwinan Osman (the mall) 14.12.2008. Kelihatan Pajak, Joa, Mat Mi, Busra, Mohaili, Che Su, Nizar, Aji Uti dan Pegawai (Badrul). Che Su "Joa dulu dengan Joa sekarang tak berubah... maintain...cayalah Joa. Sportman. Kami ja yang dok tambah anak dan saiz perut....." Pak Jan, Paok dan Cengkoi.  Pengantin. Ramai sahabat dok gelak tak habis dengan demon... macam tak percaya. Assalamu'alaikum warahmatullah..... Sahabat2 sekalian, setelah menanti, menunggu dan akhirnya ketemu jua sahabat kita Osman dengan jodohnya setelah 36 tahun hidup membujang. Al-Hamdulillah Majlis Perkahwinannya berjalan dengan lancar. Kehadiran sahabat2 Mashoorian85-91 sejak 12.30 tgh. dapat menambah lagi keriuhan suasana di Majlis Kenduri Osman. Apatah lagi dengan adanya Che Su, Busra dan Mohaili yang boleh digelar sebagai 'kaki menyakat' sahabat2 lain. Kalau aku dapat senaraikan sahabat2 yang hadir ke kenduri demon.... 1. Pak Jan. 2. Mat Mi. 3. Che Su. 4. Busra. 5. Mat Biaq. 6. Ome. 7. Aji Uti. 8. Joa. 9. Jiman. 10. Kamalrock. 11. Mohaili. 12. Nizar. 13. Cengkoi. 14. Paok. 15. Pegawai (Hj. Badrul) 16. Pajak. 17. Zek 18. Jefri Din 19. Barak. 20. Has. 21. Man Robot. 22. Kliwon. 23. Shining. Rasanya ini ja yg aku ingat.. kalau nama sapa yang tertinggal habaq mai... taip dlm ulasan kat bawah tuu... minta maaf yerr... Pengerusi baru. "hidup lagi oqang tua ni....." : sapa yang kata ni. tah, tak tau... Dengan berakhirnya zaman bujang TheMall, maka pada hari ini juga berlaku penyerahan jawatan, tugas dan portfolio secara rasminya Pengerusi Kelab Bujang Terlajak kepada Penjaga Malam Jumaat Kliwon.... Mohd Fadzlee bin Abdul Hamid (gambar) dan Timbalannya Hasyuezri, Setiausaha Muttaqin dan Bendaharinya Hidirrrr......... AJK tak dak (ahli pun 4 org ja)... qasaku tinggai byk ni ja kot .....kelab ni tak payah buat apa2 mesyuarat sebab ahlinya makin lama makin tak dak (spesis yg makin b'kurang).... sory yerrr.... gurau jer... Ok sahabat2 semua.... sekian sahaja laporan lintas lansung siaran tertunda hari ini dan semalam.... oleh : pelapor tak rasmi - Pak Jan/ szbm272@gmail.com

Khamis, Disember 11, 2008

Osman Ramli (Demon) Selamat diijabqabulkan....




Assalamu'alaikum warahmatullah.......

Pada 11.12.2008 (Khamis) 11.20 pagi telah berlaku sejarah kehidupan yang akan kekal abadi dalam hidup kita sahabat2 Mashoorian85-91 khususnya kepada sahabat kita Osman Ramli @ Demon. Sahabat kita ni telah selamat diijabqabulkan dengan Nor Azlina bt Mohamad Azmi di dalam Masjid Jamek Prai, P.Pinang. Al-Hamdulillah berakhirlah zaman bujang sahabat kita ni. Doa kita semua, agar pasangan bahagia ini akan dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan yang penting diperbanyakkan zuriat keturunan Nabi Adam 'alaihissalam.

Kepada yang masih membujang Has, Kliwon, Mut dan .... sapa lagi ... tak igt dah.. rasanya semua dah selesai kot. 3 sahabat ni, bila lagi ?? bak kata orang tua2 "biar nangis di atas riba jangan nangis di hujung katil" ada faham ka?? aku saja reka jaa.... sapa2 faham boleh terjemahkan dalam blog ni....

Apa2 pun jangan lupa kenduri demon seperti yang diwarwarkan. 14 Dis. 2008 (Ahad). Sama2 kita meramaikan majlis kenduri Demon. Kalau sapa sampai dulu tunggu sahabat2 lain sama. Boleh kita bergambar beramai-ramai.


Ok jumpa di sana.... wassalam....

SALAM EIDUL-ADHA 1429H

Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan 'Salam Eidul-Adha 1429' kepada semua warga Mashoorian85-91. Semoga segala ibadah qorban yang dilakukan pada tahun ini akan diterima Allah dan diberkati olehNya... InsyaAllah...

Ikhlas dari bloger Mashoorian85-91....

Jumaat, November 28, 2008

Ayah Mohd Fadzlee (Kliwon) Kembali Ke Rahmatullah

Assalamu'alaikum warahmatullah...

28 November 2008 (Jumaat) - Abdul Hamid ayah kepada sahabat kita Mohd Fadzlee (Kliwon) telah kembali ke rahmatullah tengahari tadi semasa umat Islam yang lain sedang menunaikan kewajipan Solat Jumaat. Ayahnya telah dimasukkan ke wad ICU di Hospital Seberang Jaya seminggu yang lalu akibat sakit jantung. Setelah menerima rawatan dan sakitnya beransur pulih beliau dibawa balik ke rumah. Tetapi beberapa hari selepas itu dimasukkan pula ke Hospital Seberang Jaya akibat berlaku pendarahan di dalam usus. Atas nasihat doktor pembedahan tidak dijalankan kerana almarhum baru sahaja menjalani pembedahan. Oleh sebab itu almarhum hanya ditempatkan di ICU untuk pemerhatian rapi. Bagaimanapun Allah lebih menyayangi dan almarhum telah menghembus nafas yang terakhir di wad berkenaan. Jenazahnya telah selamat disolatkan dan di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Dua pada 6.30 petang tadi.

Salam Takziah dari warga sahabat Mashoorian 85-91 diucapkan kepada seluruh keluarga almarhum khususnya kepada Mohd Fadzlee (Kliwon). Semoga ahli keluarganya bersabar dan menerima takdir Allah dengan penuh keredhoan. Mudah-mudahan roh almarhum dicucuri rahmat Ilahi dan ditempatkan bersama-sama para solehin yang lain. amin yarabbal'alamin...... al-fatihah....

Dilaporkan oleh : szbm272@PakJan...

Selasa, November 18, 2008

Undangan Ke Majlis Perkahwinan Sahabat Mashoorian

Assalamu'alaikum warahmatullah,

Sahabat2 sekalian, sebelum tu aku minta maap byk2 sebab lama tak update blog kita ni. sibuk sikit. sapa2 yang ada berita atau maklumat terkini tentang sahabat2 mashoorian85-91 email la kat aku....

ok... Berita Terkini, Hiburan sensasi.......

salah seorang sahabat kita akan menamatkan zaman bujangnya pada cuti persekolahan ini. Setelah membujang selama 36 tahun, akhirnya dipertemukan jua jodohnya. Syukur al-Hamdulillah kerana dipanjangkan umur dimurahkan rezeki ke atas sahabat kita ini.

Siapakah dia ?????

Tungguu.......



Sapa tak kenal sahabat kita yang sorang ni... mirip macam Jamal Abdillah... ewahhh... "bila kekasih, mengundang aku pulang...... " itu lagi top Jamal Abdillah yang korang nyanyi kat karaoke tu...

Sapa dia sahabat kita ni....

Beliau ialah OSMAN BIN RAMLI, yang lebih dikenali dengan beberapa gelaran di al-Mashoor. Ada yang panggil Osmang, Man, Osmain, dsbgnya.... tapi yang lebih popularnya ialah 'DEMON'

Dengan kebenaran beliau aku paparkan sama kad Jemputan Kahwin demon siap dengan plan ke rumah.

Sebagai wakil, jemput semua sahabat2 sekalian ke kenduri sepasang mempelai OSMAN dengan pasangannya NOR AZLINA.

Jangan lupa

13 Disember 2008 (Sabtu) Rumah Pengantin Perempuan.
14 Disember 2008 (Ahad) Rumah Demon.

Ok... apa2 pun di ucapkan "SELAMAT PENGANTIN BARU" SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR, DIMURAHKAN REZEKI DAN DI BANYAKKAN ZURIAT (tapi nak lwn matmi tak leh laaa... tak dan kot... kalau 3 kali keluaq sekali kembaq 3 kot laaa bleh 'teng' mat mi. Che Su pun dok ligan Mat Mi tgh dok bawak dah tu) AMINNN....

WASSALAM.....










Rabu, September 17, 2008

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA SAHABAT MASHOORIAN85-91 DAN GENG BADMINTON 2008


Assalamu'alaikum warahmatullah.....

Sahabat2 semua,

Majlis Berbuka Puasa telah diadakan dengan jayanya bertempat di Restoran Tomyam Pertama, Kampung Pertama, Pmtg Pauh. Dihadiri oleh 9 orang sahabat2 Mashoorian dan 2 orang geng badminton.


Sahabat2 yang hadir :-
1- Pak Jan.
2- Demon.
3- Jiman.
4- Kamal.
5- Cengkoi.
6- Jefri Din.
7- Has.
8- Shining.
9- Mat Biaq (sampai lepas buka puasa).
10- Mat Ki - Badminton.
11- Ali - Badminton.

Warga mashoorian mengucapkan jutaan terima kasih di atas kehadiran sahabat2, ramai lagi yang ingin turut serta tetapi disebabkan pelbagai halangan maka mereka tidak dapat hadir. Antara sahabat2 yang respon SMS ialah Mat Mi, Pajak, Barak, Faok, Busra, Kliwon, Jim Sonet, Mohaili, Aji Uti, Joa, Haron dan Malan. Pihak penganjur faham dan sedar bahawa tarikh yang diadakan ini kurang sesuai kerana hari bekerja. Tetapi terpaksa diadakan kerana atas permintaan sahabat2 lain.

Ada sahabat2 yang menyarankan supaya majlis berbuka seperti ini diadakan sekali lagi tetapi hendaklah memilih tarikh yang sesuai. Insya Allah kita akan usahakan. Kalau ada di kalangan sahabat yang sudi untuk memberi sumbangan amat2 dialukan.

InsyaAllah kita akan anjurkan sekali lagi, ada yang mencadangkan pada 27 September 2008 iaitu hari Sabtu. Sekiranya sesuai dan mendapat sokongan dari sahabat2 maka kita akan anjurkan lagi sekali.

Akhir sekali SELAMAT BERPUASA DAN MENYAMBUT 'IDUL FITRI....

Wassalam...

Jumaat, September 12, 2008

Majlis Berbuka Puasa Bersama Sahabat2 Mashoorian 85-91

Assalamu'alaikum,

Majlis Berbuka Puasa dan Ramah Mesra bersama Sahabat2 Mashoorian85-91 dan geng badminton akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh : 16 September 2008/16 Ramadhan 1429
Hari : Selasa
Jam : 7.00 ptg - 10.00 mlm
Tempat : belum confirm (cadangan awal Restoran Route 69, Bandar PERDA, B.Mertajam)
Bayaran : RM20-30 (anggaran) sebarang sumbangan dari sahabat2 amat dialukan.

Aturcara :
7.00 - Ketibaan sahabat2.
7.22 - Buka Puasa.
- Solat Maghrib.
- Sembang2 Ramah Mesra.
- Mesyuarat/Perbincangan untuk program seterusnya iaitu perjumpaan Hari Raya 1429/2008.
10.00 - Bersurai

sebarang perubahan akan diberitahu kemudian melalui email dan sms.

SILA SAHKAN KEHADIRAN SAHABAT2 SEBELUM ATAU PADA ISNIN INI melalui email atau SMS (013-4282499-Pak Jan)

Allayarham Suhaimi selamat dikembumikan

11 September 2008, jam 1.30 ptg.

Alhamdulillah rombongan mashoorian85-91 sempat menziarahi keluarga Allahyarham Suhaimi dan memberi penghormatan terakhir di tanah perkuburan di Masjid Jamek Sungai Kota, Tanjung Piandang, Parit Buntar.

Rombongan terdiri daripada Pak Jan (penulis), Demon, Mat Biaq, KamalRock, Barak dan Cengkoi (Sofi) bertolak dari Tol Juru lebih kurang jam 1.45 petang. Sebelum itu Jim Sonet (Nazari Syukor) telah sampai ke rumah keluarga Allahyarham lebih kurang jam 12 tgh, ketika sampai Jim Sonet memberitahu jenazah sedang dimandikan dan dikafankan. Tetapi Jim Sonet tidak sempat solat jenazah kerana terpaksa bergegas balik semula ke sekolah (SMK Sg. Acheh) tempat bertugas.

Rombongan sampai di perkampungan Sungai Kota, Tanjung Piandang lebih kurang jam 2.15 petang. Kami terus menuju ke tanah perkuburan di masjid kampung tersebut. Alhamdulillah sempat juga kami melihat jenazah di tanah perkuburan sehingga selesai pengkebumian.

Setelah selesai bertalkin kami singgah di rumah (sebelah Masjid Kg. Sg. Kota) sahabat kita yang lama tidak bertemu, hampir 20 tahun dan merupakan insan yang banyak berjasa dan membantu semasa hayat Allahyarham termasuk berulang-alik membawa Allahyarham ke Hospital Besar Pulau Pinang. Insan yang dimaksudkan ialah MAZLAN BIN HARUN (badge 1985-1987) atau lebih dikenali oleh sahabat-sahabat al-mashoor sebagai MALAN Penaga.

Mengikut cerita Malan, Allahyarham memang sudah lama mengalami masalah buah pinggang tidak berfungsi selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya 11 tahun yang lalu. Selama itulah Allahyarham tidak bekerja dan hanya mengharapkan duit pampasan dari SOCSO iaitu sebanyak RM 400 lebih sebulan. Sejak empat bulan lalu, Allahyarham terus terlantar di Hospital Besar Pulau Pinang, setelah mengalami beberapa keretakan tulang di bahagian pangkal peha akibat terjatuh menyebabkan Allahyarham tidak dapat bangun dan berjalan.

Cengkoi adalah sahabat kita yang kerap melawat Allahyarham di hospital dan kali terakhir Cengkoi pergi melawat beberapa minggu sebelum Allahyarham meninggal dunia dan sempat membawa sebungkus pasembor seperti yang diminta oleh Allahyarham.

Menurut Malan lagi semasa mula berkahwin dan menetap di situ, beliau tidak mengetahui bahawa Allahyarham tinggal di kampung yang sama sehinggalah beliau bertemu dengan seorang pelajar senior al-Mashoor iaitu Fazli Bakar juga menetap di situ dan memberitahu bahawa Allahyarham ialah anak kepada Saari iaitu tuan punya sawah yang diusahakan oleh Malan. Tanpa membuang masa Malan terus ke rumah Allahyarham dan berbual panjang dengannya. Bermula dari situ hubungan sebagai sahabat al-Mashoor kembali akrab dan Malan sering membawa Allahyarham keluar makan dan ke hospital untuk rawatan.

Bagi pihak warga Mashoorian85-91 kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Malan dan Cengkoi serta sahabat-sahabat lain yang mengambil berat dan berkesempatan melawat Allahyarham.

Sekali lagi sama-sama kita berdoa agar roh Allahyarham Suhaimi Saari dicucuri rahmat Ilahi dan kita harap juga sahabat semua dapat memaafkan segala kesalahannya yang mungkin ada serta menghalalkan segala hutang-piutang yang mungkin ada, mudah-mudahan Allah menempatkan Allahyarham bersama-sama orang yang beramal soleh. Amin yarabba'alamin...

Al-Fatihah.....

Khamis, September 11, 2008

SUHAIMI SAARI (JIBENG) telah kembali ke rahmatullah.... al-fatihah

11 September 2008 (11 Ramadhon 1429) Khamis - Parit Buntar. Suhaimi bin Saari atau dikenali dikalangan sahabat-sahabat al-mashoor sebagai 'JIBENG' telah kembali ke rahmatullah pada awal pagi tadi lebih kurang jam 2.00 pagi. Semasa hayatnya Allahyarham Suhaimi yang menanggung derita sakit buah pinggang selama hampir 11 tahun setelah terlibat dalam kemalangan semasa umur 25 tahun, terpaksa berulang alik setiap bulan ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk rawatan. Ada di kalangan sahabat-sahabat kita yang sempat pergi melawat Allahyarham samada di rumah dan juga di hospital. Ini yang dikatakan hubungan akrab antara kita sahabat-sahabat al-mashoor, begitu perihatin dan bersimpati dengan nasib yang menimpa sahabat-sahabat lain. Secara individu, diucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat yang perihatin. Tidak ketinggalan juga ada sahabat yang sempat menghulurkan bantuan kewangan samada secara tunai atau 'bank-in' ke dalam akaun Allahyarham.

Warga blogger MASHOORIAN85-91 mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin dan syuhada. Marilah sama-sama kita membaca ummul kitab sebagai mengiringi permergian sahabat kita Allahyarham Suhaimi bin Saari.

AL-FATIHAH.........

Ahad, Ogos 17, 2008

Mesyuarat Tergempar Majlis Tertinggi Al-Mashoorian (17/08/2008)


Gambar aktiviti terkini Al-Mashoorian di Teratak Pak Ya Sg. Bakap pada 17/08/2008 bermula dari jam 5.30 petang hingga bawak ke solat Isyak.

Jutaan penghargaan di atas kedatangan solo sahabat (*walaupun sudah berumahtangga kecuali Osmang dan Mohaili datang bersama keluarga dan kereta barunya......) Majlis dimulakan dengan hidangan laksa teloq, diikuti dengan rambutan, bahulu, teh o, bihun goreng bersama kuah laksa dan disulami dengan asap rokok yang banyak pelbagai brand dan rasa sehingga ke akhir majlis (*sakit dada aku sampai la ni)


(*Dari kiri Osmang, Chening, Pakya, Pak jan, Pajak dan Mohaili berposing setelah selesai makan)






Khamis, Ogos 14, 2008

BERHATI-HATI KURMA YAHUDI

HADIKLAIM- Israel Date Grower's Cooperative Ltd.



Product of Israel

Salam.....

Sekarang bulan puasa bakal menjelma.........berhati-hati........becareful of Kurma Yahudi .. Tolong Distribute!
Bercetak jenama "Jordan River" itu sebenarnya bukan dari Jordan tetapi dihasilkan dari negara Israel ..dan diimport serta dikotakkan di Singapura tapi di edarkan di Malaysia. Ia ditanam di satu kawasan luas di bahagian timur Isreal yang bersempadan dengan Palestin. Ia dipunyai oleh seorang Yahudi yang kaya...dan ramai pekerja-pekerjanya berbangsa Yahudi dan hasil penjualan kurma itu digunakan untuk tabung orang-orang Yahudi.

Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura. Para Muslimin sekalian diharap jangan membeli kurma jenis ini. Kasihanlah terhadap rakyat Palestin yang hari-hari ditindas dan dibunuh kejam oleh rejim Yahudi ini. Perangi Yahudi dalam apa cara sekalipun,walaupun dari segi ekonomi.

Hebahkan kepada rakan2 dan sahabat handai...
Terima kasih kepada sahabat kita KAMAL AHMAD yg siarkan dlm email group.

Jemputan Ke Majlis Menyambut Puasa Cum Hari Jadi pada 17/08/2008 di Sungai Bakap

Assalamualaikum w.b.t;

Eksklusif buat sahabat-sahabat Al-Mashoorian sahaja.

Dengan rasa rendah dirinya aku ingin menjemput sahabat-sahabat seisi keluarga bagi memeriahkan lagi majlis Meyambut Ramadhan Cum Majlis Hari Jadi anak lelaki saya Daniel Hakim. Berikut adalah butiran lanjut untuk pihak sahabat-sahabat :

Tarikh:
17/08/2009 (Ahad)
Tempat:
Teratak Pak Ya di Sg. Bakap
Masa:
Dari jam 4 ke atas (*sampai ke pagi bagi Al-Mashoorian)
Pelan Tempat :
sila rujuk ke Goggle Earth
Menu :
Makanan dan minuman yang HALAL
(*Special laksa teloq & keropok akan disediakan khas bagi Al-Mashoorian)


Untuk maklumat, aku boleh dihubungi di +6012-2872425 (talian free tol)

Aku amat berharap sahabat-sahabat sekalian dapat menghadirkan diri seisi dan memeriahkan lagi majlis tersebut disamping mengeratkan lagi hubungan siratulrahim sesama kita.

Wassalam ....

Salam dari PAK YA

Isnin, Ogos 11, 2008

'SELAMAT PENGANTIN BARU'



Assalamu'alaikum... sahabat2 sekalian,

Seorang lagi sahabat kita iaitu Jefri Din telah mengakhiri zaman bujangnya pada usia 36 tahun. Alhamdulillah Majlis Kenduri Kahwinnya telah selamat diadakan pada hari Ahad (10.8.2008) seperti yang telah aku wawarkan dalam email dan blog ni. Aku berkesempatan pergi meraikan majlis ini bersama anak bini aku. Kawan2 lain yang datang seperti yang diberitahu oleh Jefri hanya aku dan Malan saja. Yang lain tu mungkin terlupa kot atau masing2 ada urusan. Itu aku tak berani komen la. Tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Jefri utk menjemput sahabat2 telah aku laksanakan.

Jadi kepada yang tak berkesempatan, aku paparkan gambar pasangan pengantin yang bertuah ni untuk tatapan sahabat2 sekalian..., dengan izin dan kebenaran pengantin ni...

Selasa, Julai 29, 2008

Jom tengok geng2 kita main badminton

Salam.... kabare? harap semuanya waras2 belaka... lama tak update blog ni..

kalau sahabat2 semua nak tau aktiviti kami setiap minggu ialah main badminton... setiap Isnin dan Khamis jam 9 mlm (tapi selalu 9.30 baru main... biasa laa..). Kami main di Dewan Teciaw, Bukit Mertajam, dalam kawasan pekan BM. Di bawah ni boleh laa tgk aksi2 sahabat2 dok main badminton... bila tau ada kamera dok amik gambaq... amboi bukan main semangat lagi depa ni... jumping smash tak qenti2....



Ada yg sampai gadoh2.. tapi gadoh sbg sahabat laaa,..... tak la smpai bertombok.. saja seqonok2.. release tension laaa katakan... syok gak. boleh sihatkan badan. lps main dok lepak kat MASKON (kedai makan kat Masjid Korner Kubang Semang) biasanya pekena Radix laaa... mai secewen...

Tapi kadang2 tu siap makan nasi pulak.... masa main kalori keluaq 100g lepas tambah 2kg... he he he.... Sahabat2 yg selalu turun main... Aku (Pak Jan), Demon, Mat Mi, Kamal, Jiman, Shining, Murtada (junior kita), Barak.



Tapi nak ikut dulu lagi qamai, masa zaman Barak bujang dok lepak Tmn. Guar Perahu. Masa tu Nizar, Pajak, Busra, Mat Biaq pun tuqun main. La ni senyap terus lepa ni... Busra tak kata laaa... dia lepaih ke Terengganu.







Selasa, Julai 15, 2008

Jemputan Ke Majlis Perkahwinan JEFRI DIN

Assalamu'alaikum waramatullah,

Semua sahabat2 mashoorian85-91, aku mewakili sahabat kita JEFRI DIN menjemput Tuan/Puan/Dato'/Nenek/Moyang/Chai/Piut sekeluarga ke Majlis Perkahwinan Jefri Din pada 10 Ogos 2008 hari Ahad di Kampung Permatang Kerai Kecil, Kepala Batas, P.Pinang.

Di sini aku paparkan kad jemputan kahwin dan plan ke rumah kenduri untuk panduan sahabat2 semua.








Bab memberi salam

Ilmu utk dikongsi bersama :

Pagi semlm dengar radio ikim (91.50 fm), Ustaz Zawawi bercerita tentang sunnah
Rasulallah s.a.w. Antaranya tentang bab memberi salam.
Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum"
dan menjawab salam dari para sahabat dgn salam yg penuh
"waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"

Beri salam - assalamualaikum"
Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hiwabarakatuh"

Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita
berkata "Kirim salam assalamualaikum pada Anis ye" contoh lerr..
Bukannya : "Kirim salam kat Anis ye"
Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Semoga ada manfaat.

"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"

Maksud singkatan " A'kum"

Assalamu'alaikum

Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum"
dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum.
Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform
A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM'
adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang
bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam BahasaIbrani.

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud
'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.

Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum. Semoga ada manfaatnya.

kalau ada kemuskilan berjumpalah yg pakar dalam bidang ni.....

Mukjizatnya Azan


Pesanan Semasa Mendengar Azan...

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 'Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. 'Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah..' yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah..' semasa sakaratul maut menghampiri kami.Amin..amin..amin Yarobbal a'lamin..'

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;Wahai Ali, bagi orang 'ALIM' itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi Ahli Ibadah itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Isnin, Julai 14, 2008

SENARAI AHLI KELAB EMAIL

Senarai kawan2 mashoor 85-91 yg tlh mendaftar sebagai ahli kelab e-mail

1) Che Su
2) Cheron
3) Busra
4) Faud
5) Demon
6) Jiman
7) Pajak
8) Aji
9) Haidi
10) Pian
11) Bad Pegawai
12) Mohaili
13) Joa
14) Leapdayboy (??????)
15) Kamal Ahmad
16) Shining

kalau ada lagi tolong habaq mai....

Ahad, Julai 13, 2008

Latest News

Ahlan wasahlan, selamat datang, welcome AJI@MA UTI@BOCOQ KE KELAB EMAIL KWN2 MASHOORR.... kelas 85-91

Aku baru balik jumpa aji kat MASKON (singkatan bagi MASjid KONer- Kubang Semang) tempat geng2 mashor arear BM dok lepak. Aji la ni bukan main lagi, dah pakai Toyota Wish. Berkat usaha dia dok buat Insuran. aku pun tak terlepas laaa amik gak insuran kat dia. baguih jugak. harap2 semua kwn2 boleh la amik insuran kat dia. Pajak, Busra, Mohaili jgn marah yerrr... dok kempen utk aji plak.... tak pa kot.. kita pakat2 tlg sama2 kita laa kann... Kawan2 senang kita pun seronok....

Satu lagi... SELAMAT PENGANTIN BARU utk sahabat kita yang akan mendirikan rumah tangga... dia dah call aku utk wakil jemput kawan2 smua ke kenduri dia. tapi belum dpt kad lagi. sebab esok baru nak jumpa dia. tarikh tu tak diberitahu lagi.. esok dapat kad aku akan email kat hgpa semua... sahabat kita ialah JEFRI DIN. ni pun geng2 Aji gak ni.. dok buat insuran tapi Jefri ni lebih kpd insuran general (kenderaan).

MALAM kemarin aku, demon, kimi nak pergi melawat Jiman kat Jitra nak ucap takziah kerana mak dia meniggai... alih2 dekat nak sampai kat tol A.Setar, demon pun call dia utk tanya rumah... tapi terkilan sebab dia balik ke Perlis umah mertua dia... kami pun terus pi dgr ceramah kat bt.9 yg chesu wawarkan tuu (tapi dia tak pi pun).... on the way balik, call chesu pi umah dia... kluaq minum kat kedai tomyam, minum ayaq bau klorin haahhhaa.. kul 1-2 pg boleh dok pekena rojak buah... nasib baik pagi tadi tak cirit birit..kalu tdk misti mircik punyaa....

ok laa kwn2 byk ceqita plak.... lebih pada pompuan lagi....

InsyaAllah aku akan sentiasa up-date kita punya blog ni...

Sabtu, Julai 12, 2008

TRIP KE TRENGGANU KE BANGLO BAZREN (By Che Su)

EMAK JIMAN MENINGGAL

al-Fatihah.......

Emak sahabat kita Jiman (Khairul Anuar Abdul Halim) telah kembali ke rahmatullah awal pagi Sabtu (12/07/2008) setelah koma 3 hari di ICU Alor Setar, akibat kemalangan langgar lari... dilanggar motorsikal semasa berjalan kaki di Pasar Malam di Jitra pada Rabu malam (09/07/2008). Semoga rohnya dicucuri Rahmat Allah S.W.T. Amin yarabbal'alamin......







GAMBAR2 NOSTALGIA.... KENANG DAKU DALAM 'DORM'MU...







'KENANGLAH ANDA SEBELUM ANDA DIKENANGKAN'