Isnin, Februari 15, 2010

Akhirnya...... bertemu jua jodohnya



Assalamu'alaikum warahmatullah,

Sebelum aku melaporkan perkembangan terkini, terlebih dahulu mohon maaf kerana lama tak update blog ni. Mungkin sibuk dengan pelbagai tugasan di tempat kerja, pengajian dan hal2 keluarga menyebabkan tak menyengguk blog ni agak lama. Maaf dipinta.

Al-Hamdulillah akhirnya salah seorg sahabat kita iaitu Mohd Fadzlee bin Abdul Hamid (38thn)atau dikenali dengan Kliwon atau kelawaq bertemu jua jodohnya dengan seorang Ustazah j-QAF.

Aku bersama dengan beberapa orang sahabat yg lain berkesempatan menghadiri Majlis Kenduri Perkahwinan Mohd Fadzlee (Kliwon) pada 14 Februari 2010 hari Ahad di Kg. Teluk, Sg. Dua bertentangan dengan ESSO Sg. Dua (Kedai Nizar). Antaranya Nizar (sahabat paling dkt dgn rumah kliwon), Kamal, Asri, Demon, Jefri Din, Joa dan Aji (dia pi awai skit drp kami).

Kita doakan semoga Allah memberi kebahagian dan rahmat berpanjangan kepada mereka suami isteri serta dikurniakan anak yg soleh dan solehah. Selain itu, kita doakan juga semoga jodoh mereka berpanjangan hingga ke akhir hayat, amin.....

Kepada sahabat2 lain yg blum bertemu jodoh kita doakan agar mereka juga akan dapat mengakhiri zaman bujang mereka secepat mungkin. Ahli2 kelaba bujang pun dah tak ramai. Yg masih membujang kalau tak salah ialah Has, Muttaqin, Hidir dan yg lain tu tak tau laaa...

terima kasih Kamal

Salam,

Terima kasih banyak2 diucapkan kepada sahabat mashoorian Kamal kerana rajin dok update dgn memasukkan maklumat2 berguna utk tatapan kita semua.

Kepada mereka disenaraikan sebagai sahabat penulis boleh menulis sebarang berita, maklumat, bahan2 berilmiah atau apa saja utk maklumat dan tatapan ahli2 mashoorian atau pembaca semua.

Jumaat, Februari 05, 2010

Halalkah wang kita selama ini...?



Apa komen lu orang semua..?


Ada sesiapa yang arif berkenaan agama berkaitan riba/faedah dalam pelaburan KWSP yang boleh berkongsi pendapat/pandangan di sini.


Ini berkaitan soal halal haram dalam kehidupan kita dan akan dipertanggung - jawapkan di hadapan Allah suatu masa nanti.

p/s: Ohhh... yeaaaa.., jangan lupa masukkan kata laluan (password) sebelum anda meninggalkan sebarang komen atau pendapat. Kata Laluan (password) anda adalah "Mokhtar".... ha..ha..ha...please... don't be shy...fool... to use the password

Khamis, Februari 04, 2010

Siapa Yang Suka Berciuman/Comolot...

N3 ini khas kepada pasangan yang sudah bernikah dengan sah sahaja, bagi yang belum bernikah… tu la kena cepat2 nikah dan baru boleh kahwin kemudian barulah bercium/comolot.

Bagi yang belum bernikah tu… ciumlah kedua ibubapa lu orang dengan penuh kasih sayang…, ada juga rahsia dan hikmahnya.

Kepada yang nak try test kaedah dibawah ini, lagi sekali gua ingatkan seperti yang telah gua katakan kat atas tu… hanya yang telah sah bernikah sahaja, ha..ha..ha.. gua tak nak terlibat dengan dosa kering lu orang nanti.

Dan jangan ambil kesempatan pula nak jadi macam negara barat…, comolot tak kira tempat jaga adab ketimuran.

Kelebihan Bercium??? Comolot….

Ahli perubatan mendapati bahawa berciuman baik untuk kesihatan. Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa senang, tapi juga efektif melawan banyak penyakit. Apa saja keuntungan berciuman bagi kesihatan?

* Berciuman dalam waktu lama boleh membantu sistem sirkulasi kita. Ketika berciuman, detak jantung makin cepat hingga 110 degupan jantung per-minit.

* Setelah berciuman, paru-paru bekerja lebih keras. Kira-kira 60 tarikan nafas per minit, dibandingkan dalam nafas normal, hanya 20 kali tarikan nafas per minit. ini baik untuk mencegah sakit paru-paru.

* Beberapa doktor gigi percaya, bahawa berciuman merupakan tindakan pencegahan gigi berlubang. Berciuman menstimulasi air liur yang boleh menghancurkan asam yang menutupi gigi.

* Berciuman yang berlangsung lebih dari 3 minit membantu kita melawan stress. Berciuman dalam waktu lama boleh menghancurkan hormon stress.

Lagi kelebihan berciuman ..... ha..ha..ha…;

1. Pasangan yang memberi ciuman perpisahan setiap pagi kepada pasangan hidupnya rata-rata memiliki waktu 5 tahun lebih lama dari yang tidak melakukan rutin ini.

2. Berciuman baik untuk mendorong kepercayaan diri. Membuat seseorang merasa dihargai dan memberi ketenangan diri.

3. Berciuman membakar kalori, 2-3 kalori per minit dan menggandakan tingkat metabolis. Ada yang mengatakan, bahwa dengan berciuman berghairah tiga kali sehari (setidaknya 20 detik per ciuman) boleh membantu menghilangkan berat badan.

4. Berciuman dikenal sebagai penghilang stress. Berciuman penuh ghairah boleh menghilangkan ketegangan, mengurangi energi negatif, dan memproduksi rasa sihat, menurunkan hormon stress.

5. Berciuman menggunakan setidaknya 30 otot wajah dan mencegah pipi kendur. Otot pipi yang menegang karena ciuman yang bergairah mampu membantu kulit lebih halus dan meningkatkan peredaran darah.

6. Berciuman baik untuk jantung, menurunkan tekanan darah dan kolesterol.

7. Mereka yang sering berciuman jarang mendapat masalah perut.

8. Selama berciuman, antibiotik diproduksi tubuh dikeluarkan melalui air liur. Air liur juga dipercayai sebagai anestetik yang membantumengurangi sakit.

Lu orang Cium siapa? dan janganlah jadi seperti ciuman di bawah ini...