Rabu, September 17, 2008

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA SAHABAT MASHOORIAN85-91 DAN GENG BADMINTON 2008


Assalamu'alaikum warahmatullah.....

Sahabat2 semua,

Majlis Berbuka Puasa telah diadakan dengan jayanya bertempat di Restoran Tomyam Pertama, Kampung Pertama, Pmtg Pauh. Dihadiri oleh 9 orang sahabat2 Mashoorian dan 2 orang geng badminton.


Sahabat2 yang hadir :-
1- Pak Jan.
2- Demon.
3- Jiman.
4- Kamal.
5- Cengkoi.
6- Jefri Din.
7- Has.
8- Shining.
9- Mat Biaq (sampai lepas buka puasa).
10- Mat Ki - Badminton.
11- Ali - Badminton.

Warga mashoorian mengucapkan jutaan terima kasih di atas kehadiran sahabat2, ramai lagi yang ingin turut serta tetapi disebabkan pelbagai halangan maka mereka tidak dapat hadir. Antara sahabat2 yang respon SMS ialah Mat Mi, Pajak, Barak, Faok, Busra, Kliwon, Jim Sonet, Mohaili, Aji Uti, Joa, Haron dan Malan. Pihak penganjur faham dan sedar bahawa tarikh yang diadakan ini kurang sesuai kerana hari bekerja. Tetapi terpaksa diadakan kerana atas permintaan sahabat2 lain.

Ada sahabat2 yang menyarankan supaya majlis berbuka seperti ini diadakan sekali lagi tetapi hendaklah memilih tarikh yang sesuai. Insya Allah kita akan usahakan. Kalau ada di kalangan sahabat yang sudi untuk memberi sumbangan amat2 dialukan.

InsyaAllah kita akan anjurkan sekali lagi, ada yang mencadangkan pada 27 September 2008 iaitu hari Sabtu. Sekiranya sesuai dan mendapat sokongan dari sahabat2 maka kita akan anjurkan lagi sekali.

Akhir sekali SELAMAT BERPUASA DAN MENYAMBUT 'IDUL FITRI....

Wassalam...

Jumaat, September 12, 2008

Majlis Berbuka Puasa Bersama Sahabat2 Mashoorian 85-91

Assalamu'alaikum,

Majlis Berbuka Puasa dan Ramah Mesra bersama Sahabat2 Mashoorian85-91 dan geng badminton akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh : 16 September 2008/16 Ramadhan 1429
Hari : Selasa
Jam : 7.00 ptg - 10.00 mlm
Tempat : belum confirm (cadangan awal Restoran Route 69, Bandar PERDA, B.Mertajam)
Bayaran : RM20-30 (anggaran) sebarang sumbangan dari sahabat2 amat dialukan.

Aturcara :
7.00 - Ketibaan sahabat2.
7.22 - Buka Puasa.
- Solat Maghrib.
- Sembang2 Ramah Mesra.
- Mesyuarat/Perbincangan untuk program seterusnya iaitu perjumpaan Hari Raya 1429/2008.
10.00 - Bersurai

sebarang perubahan akan diberitahu kemudian melalui email dan sms.

SILA SAHKAN KEHADIRAN SAHABAT2 SEBELUM ATAU PADA ISNIN INI melalui email atau SMS (013-4282499-Pak Jan)

Allayarham Suhaimi selamat dikembumikan

11 September 2008, jam 1.30 ptg.

Alhamdulillah rombongan mashoorian85-91 sempat menziarahi keluarga Allahyarham Suhaimi dan memberi penghormatan terakhir di tanah perkuburan di Masjid Jamek Sungai Kota, Tanjung Piandang, Parit Buntar.

Rombongan terdiri daripada Pak Jan (penulis), Demon, Mat Biaq, KamalRock, Barak dan Cengkoi (Sofi) bertolak dari Tol Juru lebih kurang jam 1.45 petang. Sebelum itu Jim Sonet (Nazari Syukor) telah sampai ke rumah keluarga Allahyarham lebih kurang jam 12 tgh, ketika sampai Jim Sonet memberitahu jenazah sedang dimandikan dan dikafankan. Tetapi Jim Sonet tidak sempat solat jenazah kerana terpaksa bergegas balik semula ke sekolah (SMK Sg. Acheh) tempat bertugas.

Rombongan sampai di perkampungan Sungai Kota, Tanjung Piandang lebih kurang jam 2.15 petang. Kami terus menuju ke tanah perkuburan di masjid kampung tersebut. Alhamdulillah sempat juga kami melihat jenazah di tanah perkuburan sehingga selesai pengkebumian.

Setelah selesai bertalkin kami singgah di rumah (sebelah Masjid Kg. Sg. Kota) sahabat kita yang lama tidak bertemu, hampir 20 tahun dan merupakan insan yang banyak berjasa dan membantu semasa hayat Allahyarham termasuk berulang-alik membawa Allahyarham ke Hospital Besar Pulau Pinang. Insan yang dimaksudkan ialah MAZLAN BIN HARUN (badge 1985-1987) atau lebih dikenali oleh sahabat-sahabat al-mashoor sebagai MALAN Penaga.

Mengikut cerita Malan, Allahyarham memang sudah lama mengalami masalah buah pinggang tidak berfungsi selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya 11 tahun yang lalu. Selama itulah Allahyarham tidak bekerja dan hanya mengharapkan duit pampasan dari SOCSO iaitu sebanyak RM 400 lebih sebulan. Sejak empat bulan lalu, Allahyarham terus terlantar di Hospital Besar Pulau Pinang, setelah mengalami beberapa keretakan tulang di bahagian pangkal peha akibat terjatuh menyebabkan Allahyarham tidak dapat bangun dan berjalan.

Cengkoi adalah sahabat kita yang kerap melawat Allahyarham di hospital dan kali terakhir Cengkoi pergi melawat beberapa minggu sebelum Allahyarham meninggal dunia dan sempat membawa sebungkus pasembor seperti yang diminta oleh Allahyarham.

Menurut Malan lagi semasa mula berkahwin dan menetap di situ, beliau tidak mengetahui bahawa Allahyarham tinggal di kampung yang sama sehinggalah beliau bertemu dengan seorang pelajar senior al-Mashoor iaitu Fazli Bakar juga menetap di situ dan memberitahu bahawa Allahyarham ialah anak kepada Saari iaitu tuan punya sawah yang diusahakan oleh Malan. Tanpa membuang masa Malan terus ke rumah Allahyarham dan berbual panjang dengannya. Bermula dari situ hubungan sebagai sahabat al-Mashoor kembali akrab dan Malan sering membawa Allahyarham keluar makan dan ke hospital untuk rawatan.

Bagi pihak warga Mashoorian85-91 kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Malan dan Cengkoi serta sahabat-sahabat lain yang mengambil berat dan berkesempatan melawat Allahyarham.

Sekali lagi sama-sama kita berdoa agar roh Allahyarham Suhaimi Saari dicucuri rahmat Ilahi dan kita harap juga sahabat semua dapat memaafkan segala kesalahannya yang mungkin ada serta menghalalkan segala hutang-piutang yang mungkin ada, mudah-mudahan Allah menempatkan Allahyarham bersama-sama orang yang beramal soleh. Amin yarabba'alamin...

Al-Fatihah.....

Khamis, September 11, 2008

SUHAIMI SAARI (JIBENG) telah kembali ke rahmatullah.... al-fatihah

11 September 2008 (11 Ramadhon 1429) Khamis - Parit Buntar. Suhaimi bin Saari atau dikenali dikalangan sahabat-sahabat al-mashoor sebagai 'JIBENG' telah kembali ke rahmatullah pada awal pagi tadi lebih kurang jam 2.00 pagi. Semasa hayatnya Allahyarham Suhaimi yang menanggung derita sakit buah pinggang selama hampir 11 tahun setelah terlibat dalam kemalangan semasa umur 25 tahun, terpaksa berulang alik setiap bulan ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk rawatan. Ada di kalangan sahabat-sahabat kita yang sempat pergi melawat Allahyarham samada di rumah dan juga di hospital. Ini yang dikatakan hubungan akrab antara kita sahabat-sahabat al-mashoor, begitu perihatin dan bersimpati dengan nasib yang menimpa sahabat-sahabat lain. Secara individu, diucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat yang perihatin. Tidak ketinggalan juga ada sahabat yang sempat menghulurkan bantuan kewangan samada secara tunai atau 'bank-in' ke dalam akaun Allahyarham.

Warga blogger MASHOORIAN85-91 mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin dan syuhada. Marilah sama-sama kita membaca ummul kitab sebagai mengiringi permergian sahabat kita Allahyarham Suhaimi bin Saari.

AL-FATIHAH.........