Jumaat, November 28, 2008

Ayah Mohd Fadzlee (Kliwon) Kembali Ke Rahmatullah

Assalamu'alaikum warahmatullah...

28 November 2008 (Jumaat) - Abdul Hamid ayah kepada sahabat kita Mohd Fadzlee (Kliwon) telah kembali ke rahmatullah tengahari tadi semasa umat Islam yang lain sedang menunaikan kewajipan Solat Jumaat. Ayahnya telah dimasukkan ke wad ICU di Hospital Seberang Jaya seminggu yang lalu akibat sakit jantung. Setelah menerima rawatan dan sakitnya beransur pulih beliau dibawa balik ke rumah. Tetapi beberapa hari selepas itu dimasukkan pula ke Hospital Seberang Jaya akibat berlaku pendarahan di dalam usus. Atas nasihat doktor pembedahan tidak dijalankan kerana almarhum baru sahaja menjalani pembedahan. Oleh sebab itu almarhum hanya ditempatkan di ICU untuk pemerhatian rapi. Bagaimanapun Allah lebih menyayangi dan almarhum telah menghembus nafas yang terakhir di wad berkenaan. Jenazahnya telah selamat disolatkan dan di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Dua pada 6.30 petang tadi.

Salam Takziah dari warga sahabat Mashoorian 85-91 diucapkan kepada seluruh keluarga almarhum khususnya kepada Mohd Fadzlee (Kliwon). Semoga ahli keluarganya bersabar dan menerima takdir Allah dengan penuh keredhoan. Mudah-mudahan roh almarhum dicucuri rahmat Ilahi dan ditempatkan bersama-sama para solehin yang lain. amin yarabbal'alamin...... al-fatihah....

Dilaporkan oleh : szbm272@PakJan...

Selasa, November 18, 2008

Undangan Ke Majlis Perkahwinan Sahabat Mashoorian

Assalamu'alaikum warahmatullah,

Sahabat2 sekalian, sebelum tu aku minta maap byk2 sebab lama tak update blog kita ni. sibuk sikit. sapa2 yang ada berita atau maklumat terkini tentang sahabat2 mashoorian85-91 email la kat aku....

ok... Berita Terkini, Hiburan sensasi.......

salah seorang sahabat kita akan menamatkan zaman bujangnya pada cuti persekolahan ini. Setelah membujang selama 36 tahun, akhirnya dipertemukan jua jodohnya. Syukur al-Hamdulillah kerana dipanjangkan umur dimurahkan rezeki ke atas sahabat kita ini.

Siapakah dia ?????

Tungguu.......



Sapa tak kenal sahabat kita yang sorang ni... mirip macam Jamal Abdillah... ewahhh... "bila kekasih, mengundang aku pulang...... " itu lagi top Jamal Abdillah yang korang nyanyi kat karaoke tu...

Sapa dia sahabat kita ni....

Beliau ialah OSMAN BIN RAMLI, yang lebih dikenali dengan beberapa gelaran di al-Mashoor. Ada yang panggil Osmang, Man, Osmain, dsbgnya.... tapi yang lebih popularnya ialah 'DEMON'

Dengan kebenaran beliau aku paparkan sama kad Jemputan Kahwin demon siap dengan plan ke rumah.

Sebagai wakil, jemput semua sahabat2 sekalian ke kenduri sepasang mempelai OSMAN dengan pasangannya NOR AZLINA.

Jangan lupa

13 Disember 2008 (Sabtu) Rumah Pengantin Perempuan.
14 Disember 2008 (Ahad) Rumah Demon.

Ok... apa2 pun di ucapkan "SELAMAT PENGANTIN BARU" SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR, DIMURAHKAN REZEKI DAN DI BANYAKKAN ZURIAT (tapi nak lwn matmi tak leh laaa... tak dan kot... kalau 3 kali keluaq sekali kembaq 3 kot laaa bleh 'teng' mat mi. Che Su pun dok ligan Mat Mi tgh dok bawak dah tu) AMINNN....

WASSALAM.....