Jumaat, November 28, 2008

Ayah Mohd Fadzlee (Kliwon) Kembali Ke Rahmatullah

Assalamu'alaikum warahmatullah...

28 November 2008 (Jumaat) - Abdul Hamid ayah kepada sahabat kita Mohd Fadzlee (Kliwon) telah kembali ke rahmatullah tengahari tadi semasa umat Islam yang lain sedang menunaikan kewajipan Solat Jumaat. Ayahnya telah dimasukkan ke wad ICU di Hospital Seberang Jaya seminggu yang lalu akibat sakit jantung. Setelah menerima rawatan dan sakitnya beransur pulih beliau dibawa balik ke rumah. Tetapi beberapa hari selepas itu dimasukkan pula ke Hospital Seberang Jaya akibat berlaku pendarahan di dalam usus. Atas nasihat doktor pembedahan tidak dijalankan kerana almarhum baru sahaja menjalani pembedahan. Oleh sebab itu almarhum hanya ditempatkan di ICU untuk pemerhatian rapi. Bagaimanapun Allah lebih menyayangi dan almarhum telah menghembus nafas yang terakhir di wad berkenaan. Jenazahnya telah selamat disolatkan dan di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Dua pada 6.30 petang tadi.

Salam Takziah dari warga sahabat Mashoorian 85-91 diucapkan kepada seluruh keluarga almarhum khususnya kepada Mohd Fadzlee (Kliwon). Semoga ahli keluarganya bersabar dan menerima takdir Allah dengan penuh keredhoan. Mudah-mudahan roh almarhum dicucuri rahmat Ilahi dan ditempatkan bersama-sama para solehin yang lain. amin yarabbal'alamin...... al-fatihah....

Dilaporkan oleh : szbm272@PakJan...