Selasa, Julai 29, 2008

Jom tengok geng2 kita main badminton

Salam.... kabare? harap semuanya waras2 belaka... lama tak update blog ni..

kalau sahabat2 semua nak tau aktiviti kami setiap minggu ialah main badminton... setiap Isnin dan Khamis jam 9 mlm (tapi selalu 9.30 baru main... biasa laa..). Kami main di Dewan Teciaw, Bukit Mertajam, dalam kawasan pekan BM. Di bawah ni boleh laa tgk aksi2 sahabat2 dok main badminton... bila tau ada kamera dok amik gambaq... amboi bukan main semangat lagi depa ni... jumping smash tak qenti2....



Ada yg sampai gadoh2.. tapi gadoh sbg sahabat laaa,..... tak la smpai bertombok.. saja seqonok2.. release tension laaa katakan... syok gak. boleh sihatkan badan. lps main dok lepak kat MASKON (kedai makan kat Masjid Korner Kubang Semang) biasanya pekena Radix laaa... mai secewen...

Tapi kadang2 tu siap makan nasi pulak.... masa main kalori keluaq 100g lepas tambah 2kg... he he he.... Sahabat2 yg selalu turun main... Aku (Pak Jan), Demon, Mat Mi, Kamal, Jiman, Shining, Murtada (junior kita), Barak.



Tapi nak ikut dulu lagi qamai, masa zaman Barak bujang dok lepak Tmn. Guar Perahu. Masa tu Nizar, Pajak, Busra, Mat Biaq pun tuqun main. La ni senyap terus lepa ni... Busra tak kata laaa... dia lepaih ke Terengganu.







Selasa, Julai 15, 2008

Jemputan Ke Majlis Perkahwinan JEFRI DIN

Assalamu'alaikum waramatullah,

Semua sahabat2 mashoorian85-91, aku mewakili sahabat kita JEFRI DIN menjemput Tuan/Puan/Dato'/Nenek/Moyang/Chai/Piut sekeluarga ke Majlis Perkahwinan Jefri Din pada 10 Ogos 2008 hari Ahad di Kampung Permatang Kerai Kecil, Kepala Batas, P.Pinang.

Di sini aku paparkan kad jemputan kahwin dan plan ke rumah kenduri untuk panduan sahabat2 semua.








Bab memberi salam

Ilmu utk dikongsi bersama :

Pagi semlm dengar radio ikim (91.50 fm), Ustaz Zawawi bercerita tentang sunnah
Rasulallah s.a.w. Antaranya tentang bab memberi salam.
Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum"
dan menjawab salam dari para sahabat dgn salam yg penuh
"waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"

Beri salam - assalamualaikum"
Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hiwabarakatuh"

Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita
berkata "Kirim salam assalamualaikum pada Anis ye" contoh lerr..
Bukannya : "Kirim salam kat Anis ye"
Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Semoga ada manfaat.

"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"

Maksud singkatan " A'kum"

Assalamu'alaikum

Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum"
dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum.
Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform
A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM'
adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang
bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam BahasaIbrani.

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud
'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.

Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum. Semoga ada manfaatnya.

kalau ada kemuskilan berjumpalah yg pakar dalam bidang ni.....

Mukjizatnya Azan


Pesanan Semasa Mendengar Azan...

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 'Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. 'Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah..' yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah..' semasa sakaratul maut menghampiri kami.Amin..amin..amin Yarobbal a'lamin..'

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;Wahai Ali, bagi orang 'ALIM' itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi Ahli Ibadah itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Isnin, Julai 14, 2008

SENARAI AHLI KELAB EMAIL

Senarai kawan2 mashoor 85-91 yg tlh mendaftar sebagai ahli kelab e-mail

1) Che Su
2) Cheron
3) Busra
4) Faud
5) Demon
6) Jiman
7) Pajak
8) Aji
9) Haidi
10) Pian
11) Bad Pegawai
12) Mohaili
13) Joa
14) Leapdayboy (??????)
15) Kamal Ahmad
16) Shining

kalau ada lagi tolong habaq mai....

Ahad, Julai 13, 2008

Latest News

Ahlan wasahlan, selamat datang, welcome AJI@MA UTI@BOCOQ KE KELAB EMAIL KWN2 MASHOORR.... kelas 85-91

Aku baru balik jumpa aji kat MASKON (singkatan bagi MASjid KONer- Kubang Semang) tempat geng2 mashor arear BM dok lepak. Aji la ni bukan main lagi, dah pakai Toyota Wish. Berkat usaha dia dok buat Insuran. aku pun tak terlepas laaa amik gak insuran kat dia. baguih jugak. harap2 semua kwn2 boleh la amik insuran kat dia. Pajak, Busra, Mohaili jgn marah yerrr... dok kempen utk aji plak.... tak pa kot.. kita pakat2 tlg sama2 kita laa kann... Kawan2 senang kita pun seronok....

Satu lagi... SELAMAT PENGANTIN BARU utk sahabat kita yang akan mendirikan rumah tangga... dia dah call aku utk wakil jemput kawan2 smua ke kenduri dia. tapi belum dpt kad lagi. sebab esok baru nak jumpa dia. tarikh tu tak diberitahu lagi.. esok dapat kad aku akan email kat hgpa semua... sahabat kita ialah JEFRI DIN. ni pun geng2 Aji gak ni.. dok buat insuran tapi Jefri ni lebih kpd insuran general (kenderaan).

MALAM kemarin aku, demon, kimi nak pergi melawat Jiman kat Jitra nak ucap takziah kerana mak dia meniggai... alih2 dekat nak sampai kat tol A.Setar, demon pun call dia utk tanya rumah... tapi terkilan sebab dia balik ke Perlis umah mertua dia... kami pun terus pi dgr ceramah kat bt.9 yg chesu wawarkan tuu (tapi dia tak pi pun).... on the way balik, call chesu pi umah dia... kluaq minum kat kedai tomyam, minum ayaq bau klorin haahhhaa.. kul 1-2 pg boleh dok pekena rojak buah... nasib baik pagi tadi tak cirit birit..kalu tdk misti mircik punyaa....

ok laa kwn2 byk ceqita plak.... lebih pada pompuan lagi....

InsyaAllah aku akan sentiasa up-date kita punya blog ni...

Sabtu, Julai 12, 2008

TRIP KE TRENGGANU KE BANGLO BAZREN (By Che Su)

EMAK JIMAN MENINGGAL

al-Fatihah.......

Emak sahabat kita Jiman (Khairul Anuar Abdul Halim) telah kembali ke rahmatullah awal pagi Sabtu (12/07/2008) setelah koma 3 hari di ICU Alor Setar, akibat kemalangan langgar lari... dilanggar motorsikal semasa berjalan kaki di Pasar Malam di Jitra pada Rabu malam (09/07/2008). Semoga rohnya dicucuri Rahmat Allah S.W.T. Amin yarabbal'alamin......







GAMBAR2 NOSTALGIA.... KENANG DAKU DALAM 'DORM'MU...







'KENANGLAH ANDA SEBELUM ANDA DIKENANGKAN'


































Sabtu, Julai 05, 2008

Tatapan Untuk Semua Org2 Islam Melayu (khas utk Kimi yg ingin Melayu bersatu)

Apa Salahnya mereka duduk semeja?
BEBERAPA media menyiarkan rayuan saya agar empat tokoh utama negara duduksemeja untuk berbincang atas semangat ukhuwah Islamiyyah (persaudaraanIslami) tentang masa depan umat Islam di negara ini khususnya dan juga masadepan rakyat keseluruhannya. Mereka ialah Tun Dr. Mahathir Mohamad, PerdanaMenteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DatukNik Abdul Aziz Nik Mat. Saya tidak merayu agar mereka merungkai pandanganpolitik mereka, atau membubarkankan parti mereka, sebaliknya hadirberbincang atas arahan Allah dalam al-Quran: (maksudnya) "Tiada kebaikanpada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yangmenyuruh bersedekah, atau menyuruh berbuat kebaikan, atau menyuruhperdamaian antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksudmencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yangamat besar" (Surah al- Nisa': ayat 114).
Walaupun bisik-bisikan itu dalam banyak keadaan sedap didengar. Enak untukdiperkatakan. Berselera untuk dihidangkan bersama jamuan. Cerita politikboleh menelan masa manusia berjam-jam mengulas dan mengandai berbagai-bagaikemungkinan. Namun saya yakin, semua itu ada tahap ketepuannya. Apatah lagijika perbalahan politik menghakis kepentingan umat dan mencorak masa depanyang kabur. Apabila sampai ke tahap tersebut, telinga akan mula letihmendengar, perasaan akan mula jemu, kebencian kepada semua pihak yangberbalah akan mula timbul. Tindakan yang diperintahkan oleh al-Quran dalammengatasi pelbagai gosip dan cerita yang dibawa ke sana sini dalammasyarakat Islami ialah dengan dihidupkan unsur-unsur baik dan harmoni yangdapat mengatasi unsur-unsur kabur. Jika keadaan itu tidak dikawal,masyarakat Islami akan hilang tumpuan, tenggelam dalam bisik-bisikan yangselalunya tidak pasti di manakah kesudahannya. Lebih buruk lagi, apabilaorang lain mengambil kesempatan menghakis kepentingan dan kekuatan umat ini.
Seperti mana yang kita saksikan, pilihan raya telah berlaku. Hak rakyattelah pun direalisasikan atas kertas undi. Keinginan rakyat untuk menghukummereka yang sombong lagi takbur serta menyusahkan rakyat telah punterlaksana. Kehendak supaya mereka yang berkuasa menghormati hak danperasaan rakyat mula dihormati dan digeruni oleh setiap yang memiliki kuasapolitik di tangannya. Namun, saya percaya dalam pilihan raya yang lalu, umatIslam-dibandingkan mereka 'yang lain'- agak kurang menjangka keputusannya.Justeru, keputusan agak kurang tersusun, lantas dalam sebahagian keadaanmenjadikan umat Islam agak terdesak. Sementara 'orang lain' terus menuntutberbagai-bagai perkara. Lebih daripada itu, mereka mula bersatu menuntutperkara-perkara yang menggusarkan umat Islam dan identiti Islam bagi negaraini. Itu tidak pelik, memanglah setiap pihak akan menuntut kehendaknyaapabila dirasakan ruang itu ada, atau wujud unsur keterpaksaan di pihak yangdituntut untuk melunaskan tuntutan. Mereka mungkin menganggap, ini adalahmusim yang sesuai untuk menuai.
Apakah dalam keadaan seperti ini tidak boleh pemimpin-pemimpin kita, atassemangat persaudaraan Islami duduk seketika berbincang? Bukan untukmeleburkan identiti masing-masing, tetapi mungkin ada bab atau isu yangmereka patut berpakat dalam diam atau nyata demi kepentingan umat. Jika puntidak boleh dalam semua isu, biarlah asas-asas utama yang membabitkan masadepan umat tidak tergadai dalam pertembungan politik hari ini. Allahmenyebut sikap kita terhadap golongan yang beriman apabila berperang antarasatu sama lain. Firman Allah: (maksudnya) "Dan jika dua puak daripadaorang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah antara keduanya; jikasalah satunya berlaku melampau terhadap yang lain, maka perangilah puak yangmelampau itu sehingga mereka kembali mematuhi perintah Allah; jika merekakembali patuh, maka damaikanlah antara keduanya dengan adil, serta berlakuadillah kamu (dalam segala perkara); Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sebenarnya orang- orang yang beriman itubersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah)itu; dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat" (al-Hujurat:ayat 9-10).
Ayat ini memerintahkan agar kita damaikan dua puak yang berperang.Perbalahan politik atau selainnya pun sama. Ia patut didamaikan demipersaudaraan Islami. Apatah lagi jika membabitkan kepentingan umat. Jugadiperintahkan kita, jika ada puak yang melampaui batas ke atas pihak yanglain dalam perbalahan atau peperangan tersebut, maka perangilah yangmelampaui batas itu. Kata al-Imam al-Tabari (meninggal 310H): "Jikasekiranya salah satu puak yang berperang itu enggan menyahut untuk berhukumdengan Kitab Allah - sama ada dalam perkara yang berpihak kepadanya atautidak berpihak kepadanya - dan melampau keadilan yang Allah tetapkan untukhamba-hamba-Nya, sementara pihak yang satu lagi bersetuju untuk tunduk, makaperangi puak yang melampau itu" (Al-Tabari, Tafsir al-Tabari, 22/292,Beirut: Muassasah al-Risalah). Duduk semeja berunding juga membolehkanrakyat membuat keputusan jelas siapa yang patut dihukum sebagai pelampau!
Jika pilihan raya dianggap sebagai hukuman, maka apakah kehidupan ini hanyahendak dipenuhi dengan tempoh hukuman semata tanpa ada tempoh pemulihan?Bukankah dengan duduk semeja memungkin banyak perkara dapat dinasihati dandituntut agar berubah? Bahkan dalam hidup ini, kadangkala cerita mengenaiseseorang yang disampaikan orang kepada kita, tidak sama dengan hakikatorang tersebut apabila kita bergaul atau berbicara dengannya. Khabar musuhselalunya buruk, khabar penyokong selalunya baik. Kita selalu mendengarcerita musuh kita daripada mulut musuhnya, dan kita kurang mendengar ceritamusuh kita daripada orang yang adil terhadapnya. Sementara yang adil itupula sedikit jua. Duduk mungkin boleh melunakkan hati dan memahami situasimasing-masing.
Kepentingan
Saya merayu mereka duduk semeja bukan untuk kepentingan mereka, tetapi untukmasa depan umat Islam. Bahkan dalam Islam ini menjadi kaedah "Mendahulukankepentingan umum, mengatasi kepentingan individu". Individu datang danpergi. Parti juga boleh hidup dan mati. Namun masa depan umat mestilah teruskekal dengan penuh kedaulatan dan harmoni. Saya tidak kisah siapa yang perluberundur. Tetapi yang merunsingkan ialah siapa yang hendak mengganti? Jikayang mengganti itu membawa keberkatan kepada negara, Alhamdulillah! Cumanya,jangan yang mengganti lebih buruk daripada yang berundur. Jika kita hendakmengganti kepimpinan, bukan sekadar menukar orang, tetapi menukar tahap ataukualiti kepimpinan itu sendiri. Kualiti itu bukan sahaja bergantung kepadakarisma pemimpin, tetapi juga kepada suasana negeri atau negara apabila diamenjadi pemimpin. Maka pemimpin dilihat, siapa dia? Siapa orang di-sekeliling? Berundinglah baik-baik hal ini atas semangat kecintaan kepadaumat.
Apa yang penting keikhlasan kepada Allah SWT untuk mendapat reda-Nya, bukanreda parti atau penyokong semata. Allah yang memerintahkan kita berdamai.Tidak akan kehilangan apa-apa kewibawaan untuk duduk semeja sesama muslim.Bahkan itulah yang lebih dekat kepada keredaan Allah. Letak al-Quran danal-Sunah sebagai panduan di hadapan. Tanda kita semua Muslim lagi berimankepada Allah dan Rasul-Nya. Jika ternyata ada perkara yang telah bercanggahdengan kehendak Allah dan Rasul-Nya, kembalilah kita kepada ajaran yangsebenar sebelum penyesalan tidak lagi mampu membaiki keadaan. Firman AllahSWT: (maksudnya)..kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalamsesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah(al-Quran) dan RasulNya (al-Sunnah) - jika kamu benar beriman kepada Allahdan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebihelok pula kesudahannya. (Surah al-Nisa: ayat 59).
Nabi SAW menyebut: "Mahukah kamu aku khabarkan amalan yang lebih tinggidarjatnya daripada puasa dan solat? Jawab para sahabat: Bahkan. Sabdabaginda: "Mendamaikan hubungan, kerana rosaknya hubungan itu adalah pencukur(mencukur agama)" (Riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani). MakaAllah dan Rasul-Nya yang menyeru kepada perdamaian. Firman Allah:(maksudnya) "Wahai orang-orang yang beriman, sahutlah seruan Allah danseruan Rasul-Nya apabila keduanya menyeru kamu kepada perkara-perkara yangmenjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allahberkuasa menyekat antara seseorang itu dengan jantung hatinya, dansesungguhnya kepadaNya kamu akan dihimpunkan. Dan jagalah diri kamu daripada(berlakunya) fitnah (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akanmenimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akanmenimpa kamu secara umum) dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azabseksa-Nya" (Surah al-Anfal: ayat 24- 25).
Jika kita lihat semua parti politik yang dipimpin oleh orang Islam dalamnegara ini boleh duduk semeja dengan mereka yang berbeza akidah ataukepercayaan agama, apakah tidak boleh untuk mereka duduk semeja dengan yangseagama? Apakah parti lebih besar daripada agama? Jika ada yang sanggupmeluntur warna perjuangannya selama ini disebabkan rakan kongsi bukan Islamyang berkubu bersama dengannya, apakah tidak boleh untuk duduk semeja dengansesama Muslim yang seakidah dengannya? Atas kepentingan politik yang sama,kita sanggup berbincang dengan orang lain dan meraikan perasaan mereka,bahkan menunaikan sebahagian tuntutan mereka, apakah tidak boleh untuk kitaduduk semeja atas nama kepentingan umat?
Kemudian setelah kita duduk semeja berbincang, tiba-tiba ada pihak yangmelampaui batas, maka ketika itu tidak mengapalah untuk kita mengambilpendirian menghadapi puak yang melampaui batas itu. Ini bersesuaian denganarahan al-Quran dalam Surah al-Hujurat tadi. Jangan kita tidak duduk semeja,nanti kita menyanggahi arahan Allah dan rasul-Nya. Juga jika berlaku sesuatuyang tidak diingini dalam negara, nanti sejarah akan mencatatkan keenggananini sebagai satu sikap buruk. Anak cucu yang akan datang akan bertanya:"Perbalahan isu apakah itu sehingga mereka telah menggadaikan masa depankita?".
Saya terkenang Peperangan Jamal. Satu peristiwa yang mendukacitakan umat. Iaberlaku disebabkan isu pembunuhan Saidina 'Uthman bin 'Affan r.a. Berlakupertempuran sesama Islam. Sahabat Nabi SAW yang terkenal, Talhah bin'Ubaidah merenung panjang sebelum pertempuran itu berlaku. Ia berlakudisebabkan tangan- tangan jahat pihak musuh yang ingin melagakan sesamaIslam. Kata Talhah: "Dahulunya kita ini bagaikan satu tangan ketikamenghadapi orang lain. Hari ini kita bagaikan dua bukit yang bergerak menujusatu sama lain. Namun bagiku, dalam persoalan 'Uthman r.a aku tidak nampakmelainkan ditumpahkan darahku untuk menuntut darahnya.(Riwayat Al-Hakimdalam al-Mustadrak, dan nilai sahih oleh al-Zahabi). Walaupun niatnya betul,namun keputusan nekad itu membawa penumpahan darah dan air mata sesama kaumMuslimin. Beliau sendiri turut terkorban. Sehingga Saidina 'Ali bin AbiTalib r.a. yang berada di pihak yang bertentangan dengan Talhah melihatjenazah Talhah yang terkorban berkata: "Semoga Allah merahmatimu wahai AbuMuhammad (Talhah)! Amat berat perasaanku melihat engkau diserang di bawahbintang langit. Kepada Allah aku mengadu kelemahan dan dukacitaku. DemiAllah! Aku lebih suka sekiranya aku meninggal sejak dua puluh tahun yanglalu. (Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, 7/257). Namun penyesalan ketikaitu tidak lagi dapat mengubah catatan sejarah.
Kita memohon daripada Allah kesejahteraan masa depan umat Islam dan rakyatkeseluruhannya. Masa masih ada untuk berbincang. Jika pun tidak berjayasemua perkara, mungkin kita dapat berdamai dalam beberapa perkara. Jikatidak dapat apapun persetujuan, sekurang-kurangnya kita berusaha menyahutajaran Allah dan rasul-Nya agar yang berbalah itu berdamai. Sekurang-kurangada juga kepatuhan terhadap al-Quran dan al-Sunah. Maka, apa salahnya untukmereka duduk semeja? Diharap dgn perbincangan yg diadakan maka harga cabai akanmelambung tinggi, ini bakal menggembirakan penanam-penanam cabai selain membantumeningkatkan ekonomi mereka dan juga Negara. Ianya juga baik utk umat. Oleh itumarilah kita makan cabai...HIDUP CABAI!!!!!! Ada sapa2 nak order cabai ka???
Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin
ialah Mufti Kerajaan Negeri Perlis.

Najib putar belit mcm bos dia...

Semakin Banyak Bercakap Semakin Banyak TerlodehDilulus terbit pada Saturday, July 05 @ 11:00:00 MYT oleh SongkokPutih Oleh Ibrahim Baba

Berbalik kepada “Sifu” IB yang memberi petua “Do not volunteer information” Najib kini semakin mengelabah. Bukan setakat “body-language”nya yang terlalu banyak menimbulkan persoalan malah kata-katanya semalam turut menimbulkan banyak persoalan. Setiap kali dia membuka mulut, satu demi satu rahsia terbongkar.

Najib kata Saiful datang ke rumahnya mengadu diliwat oleh Anwar beberapa hari sebelum pengadu membuat laporan polis. Dari satu satu patah ayat ini telah banyak membongkar pelbagai persoalan.

Antaranya;
- Kenapa mudah sangat Saiful dapat masuk ke rumah TPM?
- Dalam kesibukan Najib - sempat untuk menerima aduan seorang “pekerja” Anwar?
- Siapa yang membawa Saiful jumpa Najib?
- Siapa lagi bersama TPM bila Saiful mengadu kes liwat?
- Apakah Rosmah ada sama - sepertimana dicabar oleh Shamsul AMK?
- Kenapa Saiful tidak lapor kepada pemimpin yang tertinggi - Pak Lah? Kenapa Najib?
- Kenapa tidak hubungi terus pegawai polis? Najib kata dia percaya kepada sistem!
- Kenapa Najib tidak suruh lapor sahaja kepada polis? Najib kata dia percaya kepada sistem!
- Tetapi suatu “fakta” yang menimbul persoalan besar kepada IB ialah seperti berikut:
- Mengikut laporan polis, Saiful dikatakan diliwat pada 26 Jun. Saiful lapor pada 28 Jun, 5.45 ptg. Najib kata Saiful jumpa dia beberapa hari sebelum buat laporan polis. Tidak mungkin 29hb. - Kalau 29hb, disebut semalam. Bilakah harinya bila Najib sebut “beberapa hari” itu?
- Suatu yang aneh dalam laporan polis tersebut ialah, Saiful tidak menyatakan waktu dia diliwat. - Amat pelik bagi polis yang menerima laporan tidak bertanya dan meminta Saiful untuk meletakkan waktunya. Kalau kita buat laporan kemalangan, polis di kaunter akan suruh kita nyatakan waktu berlaku kemalangan!

Sebab itulah apabila kita berbohong, maka kita terpaksa berbohong lagi untuk menutupi pembohongan lampau. Dan apabila suatu pembohongan terbongkar, maka terlodeh terus yang lain, satu demi satu.

Sekian, IB

Rabu, Julai 02, 2008

nak bagi candangan

kita sedang menghadapi pelbagai kegawatan:

1 - Kegawatan minyak
1.1 - Minyak petrol.
1.2 - Minyak diesel.
1.3 - Minyak masak.
1.4 - Minyak Nyok.
1.5 - Minyak rambut.
1.6 - dan macam2 minyak lagi lahh...

2 - Kegawatan ekonomi.
2.1 - Ekonomi rumah tangga.
2.2 - Ekonomi Malaysia.
2.3 - Ekonomi dunia.

3- Kegawatan politik.
3.1 - Politik Kerajaan.
3.2 - Politik Pembangkang.
3.3 - Politik rumah tangga.
3.4 - Politik tempat kerja.

Berikan komen anda dan pos ke admin... szbm272@gmail.com

sekian...

Assalamu'alaikum... salam permulaan

SELAMAT DATANG KE BLOG UTK GENG2 AL-MASHOOR(L) BADGE 1985-1991 (TING.1 - UPPER SIX)

Sebagai permulaan belum ada lagi berita2 terbaru, so sapa2 yg ada apa cadangan boleh e-mail pada aku szbm272@gmail.com


kalau ada yang canggih2 sikit tu boleh kongsi bersama