Isnin, Mac 15, 2010

Pisang Ajaib = Allah Maha Ajaib & Maha Berkuasa




Assalamu'alaikumwarahmatullah....


sahabat2 sekalian cuba perhatikan gambar pokok pisang yang telah berbuah ini. Terdapat perbezaan yang amat ketara sekali dengan pokok pisang yang biasa kita lihat.....


Ya... buahnya keluar di tengah batang pokok dan jantung pisang serta buahnya menghala ke langit...


Apakah ini sebagai tanda dan isyarat sesuatu kepada manusia yang semakin alpa dan lalai dari mengingati Allah Yang Maha Ajaib dan Maha Berkuasa menjadikan apa sahaja di atas muka bumi ini. Hanya manusia yang serba lemah ini akan mengatakan pokok pisang ini pelik. Tetapi bagi Allah tiada yang pelik..... Dia Yang Maha Berkuasa berhak berbuat apa sahaja keapada kita.... renung2kanlahh.....













Gambar ini dirakamkan pada 26/02/2010 oleh sahabat saya yang berasal dari kampung berkenaan iaitu Kampung Carok Sik, Baling, Kedah.


Mengikut cerita orang kampung di situ tuan empunya pokok pisang itu menyedari kejadian ini apabila melihat di tengah2 batang pokok pisang itu membengkak dan ia membiarkan beberapa lama sehingga akhirnya kelihatan jantung pisang. Dengan rasa simpati dan kasihan pokok pisang ini, tuannya menarik jantung pisang itu secara perlahan2 serta berhati2 dan membiarkan jantung pisang itu terus membesar dan akhirnya keluar buah pisang seperti biasa cuma yang agak ganjilnya jantung dan buah pisang itu menghala ke langit.


Renungkanlah fikir2kanlah...

Marilah sama2 kita memanjat kesyukuran dan memuji kebesaranNya.. Subahanallah... Alhamdulillah... Allahuakbar...

Laporan : SUHAIZAL MOHAMAD (szbm272@gmail.com)
Jurufoto : MAT ZUKI (ahli Maskon seumur hidup)