Ahad, Ogos 17, 2008

Mesyuarat Tergempar Majlis Tertinggi Al-Mashoorian (17/08/2008)


Gambar aktiviti terkini Al-Mashoorian di Teratak Pak Ya Sg. Bakap pada 17/08/2008 bermula dari jam 5.30 petang hingga bawak ke solat Isyak.

Jutaan penghargaan di atas kedatangan solo sahabat (*walaupun sudah berumahtangga kecuali Osmang dan Mohaili datang bersama keluarga dan kereta barunya......) Majlis dimulakan dengan hidangan laksa teloq, diikuti dengan rambutan, bahulu, teh o, bihun goreng bersama kuah laksa dan disulami dengan asap rokok yang banyak pelbagai brand dan rasa sehingga ke akhir majlis (*sakit dada aku sampai la ni)


(*Dari kiri Osmang, Chening, Pakya, Pak jan, Pajak dan Mohaili berposing setelah selesai makan)






Khamis, Ogos 14, 2008

BERHATI-HATI KURMA YAHUDI

HADIKLAIM- Israel Date Grower's Cooperative Ltd.



Product of Israel

Salam.....

Sekarang bulan puasa bakal menjelma.........berhati-hati........becareful of Kurma Yahudi .. Tolong Distribute!
Bercetak jenama "Jordan River" itu sebenarnya bukan dari Jordan tetapi dihasilkan dari negara Israel ..dan diimport serta dikotakkan di Singapura tapi di edarkan di Malaysia. Ia ditanam di satu kawasan luas di bahagian timur Isreal yang bersempadan dengan Palestin. Ia dipunyai oleh seorang Yahudi yang kaya...dan ramai pekerja-pekerjanya berbangsa Yahudi dan hasil penjualan kurma itu digunakan untuk tabung orang-orang Yahudi.

Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura. Para Muslimin sekalian diharap jangan membeli kurma jenis ini. Kasihanlah terhadap rakyat Palestin yang hari-hari ditindas dan dibunuh kejam oleh rejim Yahudi ini. Perangi Yahudi dalam apa cara sekalipun,walaupun dari segi ekonomi.

Hebahkan kepada rakan2 dan sahabat handai...
Terima kasih kepada sahabat kita KAMAL AHMAD yg siarkan dlm email group.

Jemputan Ke Majlis Menyambut Puasa Cum Hari Jadi pada 17/08/2008 di Sungai Bakap

Assalamualaikum w.b.t;

Eksklusif buat sahabat-sahabat Al-Mashoorian sahaja.

Dengan rasa rendah dirinya aku ingin menjemput sahabat-sahabat seisi keluarga bagi memeriahkan lagi majlis Meyambut Ramadhan Cum Majlis Hari Jadi anak lelaki saya Daniel Hakim. Berikut adalah butiran lanjut untuk pihak sahabat-sahabat :

Tarikh:
17/08/2009 (Ahad)
Tempat:
Teratak Pak Ya di Sg. Bakap
Masa:
Dari jam 4 ke atas (*sampai ke pagi bagi Al-Mashoorian)
Pelan Tempat :
sila rujuk ke Goggle Earth
Menu :
Makanan dan minuman yang HALAL
(*Special laksa teloq & keropok akan disediakan khas bagi Al-Mashoorian)


Untuk maklumat, aku boleh dihubungi di +6012-2872425 (talian free tol)

Aku amat berharap sahabat-sahabat sekalian dapat menghadirkan diri seisi dan memeriahkan lagi majlis tersebut disamping mengeratkan lagi hubungan siratulrahim sesama kita.

Wassalam ....

Salam dari PAK YA

Isnin, Ogos 11, 2008

'SELAMAT PENGANTIN BARU'



Assalamu'alaikum... sahabat2 sekalian,

Seorang lagi sahabat kita iaitu Jefri Din telah mengakhiri zaman bujangnya pada usia 36 tahun. Alhamdulillah Majlis Kenduri Kahwinnya telah selamat diadakan pada hari Ahad (10.8.2008) seperti yang telah aku wawarkan dalam email dan blog ni. Aku berkesempatan pergi meraikan majlis ini bersama anak bini aku. Kawan2 lain yang datang seperti yang diberitahu oleh Jefri hanya aku dan Malan saja. Yang lain tu mungkin terlupa kot atau masing2 ada urusan. Itu aku tak berani komen la. Tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Jefri utk menjemput sahabat2 telah aku laksanakan.

Jadi kepada yang tak berkesempatan, aku paparkan gambar pasangan pengantin yang bertuah ni untuk tatapan sahabat2 sekalian..., dengan izin dan kebenaran pengantin ni...