Sabtu, Julai 05, 2008

Tatapan Untuk Semua Org2 Islam Melayu (khas utk Kimi yg ingin Melayu bersatu)

Apa Salahnya mereka duduk semeja?
BEBERAPA media menyiarkan rayuan saya agar empat tokoh utama negara duduksemeja untuk berbincang atas semangat ukhuwah Islamiyyah (persaudaraanIslami) tentang masa depan umat Islam di negara ini khususnya dan juga masadepan rakyat keseluruhannya. Mereka ialah Tun Dr. Mahathir Mohamad, PerdanaMenteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DatukNik Abdul Aziz Nik Mat. Saya tidak merayu agar mereka merungkai pandanganpolitik mereka, atau membubarkankan parti mereka, sebaliknya hadirberbincang atas arahan Allah dalam al-Quran: (maksudnya) "Tiada kebaikanpada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yangmenyuruh bersedekah, atau menyuruh berbuat kebaikan, atau menyuruhperdamaian antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksudmencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yangamat besar" (Surah al- Nisa': ayat 114).
Walaupun bisik-bisikan itu dalam banyak keadaan sedap didengar. Enak untukdiperkatakan. Berselera untuk dihidangkan bersama jamuan. Cerita politikboleh menelan masa manusia berjam-jam mengulas dan mengandai berbagai-bagaikemungkinan. Namun saya yakin, semua itu ada tahap ketepuannya. Apatah lagijika perbalahan politik menghakis kepentingan umat dan mencorak masa depanyang kabur. Apabila sampai ke tahap tersebut, telinga akan mula letihmendengar, perasaan akan mula jemu, kebencian kepada semua pihak yangberbalah akan mula timbul. Tindakan yang diperintahkan oleh al-Quran dalammengatasi pelbagai gosip dan cerita yang dibawa ke sana sini dalammasyarakat Islami ialah dengan dihidupkan unsur-unsur baik dan harmoni yangdapat mengatasi unsur-unsur kabur. Jika keadaan itu tidak dikawal,masyarakat Islami akan hilang tumpuan, tenggelam dalam bisik-bisikan yangselalunya tidak pasti di manakah kesudahannya. Lebih buruk lagi, apabilaorang lain mengambil kesempatan menghakis kepentingan dan kekuatan umat ini.
Seperti mana yang kita saksikan, pilihan raya telah berlaku. Hak rakyattelah pun direalisasikan atas kertas undi. Keinginan rakyat untuk menghukummereka yang sombong lagi takbur serta menyusahkan rakyat telah punterlaksana. Kehendak supaya mereka yang berkuasa menghormati hak danperasaan rakyat mula dihormati dan digeruni oleh setiap yang memiliki kuasapolitik di tangannya. Namun, saya percaya dalam pilihan raya yang lalu, umatIslam-dibandingkan mereka 'yang lain'- agak kurang menjangka keputusannya.Justeru, keputusan agak kurang tersusun, lantas dalam sebahagian keadaanmenjadikan umat Islam agak terdesak. Sementara 'orang lain' terus menuntutberbagai-bagai perkara. Lebih daripada itu, mereka mula bersatu menuntutperkara-perkara yang menggusarkan umat Islam dan identiti Islam bagi negaraini. Itu tidak pelik, memanglah setiap pihak akan menuntut kehendaknyaapabila dirasakan ruang itu ada, atau wujud unsur keterpaksaan di pihak yangdituntut untuk melunaskan tuntutan. Mereka mungkin menganggap, ini adalahmusim yang sesuai untuk menuai.
Apakah dalam keadaan seperti ini tidak boleh pemimpin-pemimpin kita, atassemangat persaudaraan Islami duduk seketika berbincang? Bukan untukmeleburkan identiti masing-masing, tetapi mungkin ada bab atau isu yangmereka patut berpakat dalam diam atau nyata demi kepentingan umat. Jika puntidak boleh dalam semua isu, biarlah asas-asas utama yang membabitkan masadepan umat tidak tergadai dalam pertembungan politik hari ini. Allahmenyebut sikap kita terhadap golongan yang beriman apabila berperang antarasatu sama lain. Firman Allah: (maksudnya) "Dan jika dua puak daripadaorang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah antara keduanya; jikasalah satunya berlaku melampau terhadap yang lain, maka perangilah puak yangmelampau itu sehingga mereka kembali mematuhi perintah Allah; jika merekakembali patuh, maka damaikanlah antara keduanya dengan adil, serta berlakuadillah kamu (dalam segala perkara); Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sebenarnya orang- orang yang beriman itubersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah)itu; dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat" (al-Hujurat:ayat 9-10).
Ayat ini memerintahkan agar kita damaikan dua puak yang berperang.Perbalahan politik atau selainnya pun sama. Ia patut didamaikan demipersaudaraan Islami. Apatah lagi jika membabitkan kepentingan umat. Jugadiperintahkan kita, jika ada puak yang melampaui batas ke atas pihak yanglain dalam perbalahan atau peperangan tersebut, maka perangilah yangmelampaui batas itu. Kata al-Imam al-Tabari (meninggal 310H): "Jikasekiranya salah satu puak yang berperang itu enggan menyahut untuk berhukumdengan Kitab Allah - sama ada dalam perkara yang berpihak kepadanya atautidak berpihak kepadanya - dan melampau keadilan yang Allah tetapkan untukhamba-hamba-Nya, sementara pihak yang satu lagi bersetuju untuk tunduk, makaperangi puak yang melampau itu" (Al-Tabari, Tafsir al-Tabari, 22/292,Beirut: Muassasah al-Risalah). Duduk semeja berunding juga membolehkanrakyat membuat keputusan jelas siapa yang patut dihukum sebagai pelampau!
Jika pilihan raya dianggap sebagai hukuman, maka apakah kehidupan ini hanyahendak dipenuhi dengan tempoh hukuman semata tanpa ada tempoh pemulihan?Bukankah dengan duduk semeja memungkin banyak perkara dapat dinasihati dandituntut agar berubah? Bahkan dalam hidup ini, kadangkala cerita mengenaiseseorang yang disampaikan orang kepada kita, tidak sama dengan hakikatorang tersebut apabila kita bergaul atau berbicara dengannya. Khabar musuhselalunya buruk, khabar penyokong selalunya baik. Kita selalu mendengarcerita musuh kita daripada mulut musuhnya, dan kita kurang mendengar ceritamusuh kita daripada orang yang adil terhadapnya. Sementara yang adil itupula sedikit jua. Duduk mungkin boleh melunakkan hati dan memahami situasimasing-masing.
Kepentingan
Saya merayu mereka duduk semeja bukan untuk kepentingan mereka, tetapi untukmasa depan umat Islam. Bahkan dalam Islam ini menjadi kaedah "Mendahulukankepentingan umum, mengatasi kepentingan individu". Individu datang danpergi. Parti juga boleh hidup dan mati. Namun masa depan umat mestilah teruskekal dengan penuh kedaulatan dan harmoni. Saya tidak kisah siapa yang perluberundur. Tetapi yang merunsingkan ialah siapa yang hendak mengganti? Jikayang mengganti itu membawa keberkatan kepada negara, Alhamdulillah! Cumanya,jangan yang mengganti lebih buruk daripada yang berundur. Jika kita hendakmengganti kepimpinan, bukan sekadar menukar orang, tetapi menukar tahap ataukualiti kepimpinan itu sendiri. Kualiti itu bukan sahaja bergantung kepadakarisma pemimpin, tetapi juga kepada suasana negeri atau negara apabila diamenjadi pemimpin. Maka pemimpin dilihat, siapa dia? Siapa orang di-sekeliling? Berundinglah baik-baik hal ini atas semangat kecintaan kepadaumat.
Apa yang penting keikhlasan kepada Allah SWT untuk mendapat reda-Nya, bukanreda parti atau penyokong semata. Allah yang memerintahkan kita berdamai.Tidak akan kehilangan apa-apa kewibawaan untuk duduk semeja sesama muslim.Bahkan itulah yang lebih dekat kepada keredaan Allah. Letak al-Quran danal-Sunah sebagai panduan di hadapan. Tanda kita semua Muslim lagi berimankepada Allah dan Rasul-Nya. Jika ternyata ada perkara yang telah bercanggahdengan kehendak Allah dan Rasul-Nya, kembalilah kita kepada ajaran yangsebenar sebelum penyesalan tidak lagi mampu membaiki keadaan. Firman AllahSWT: (maksudnya)..kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalamsesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah(al-Quran) dan RasulNya (al-Sunnah) - jika kamu benar beriman kepada Allahdan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebihelok pula kesudahannya. (Surah al-Nisa: ayat 59).
Nabi SAW menyebut: "Mahukah kamu aku khabarkan amalan yang lebih tinggidarjatnya daripada puasa dan solat? Jawab para sahabat: Bahkan. Sabdabaginda: "Mendamaikan hubungan, kerana rosaknya hubungan itu adalah pencukur(mencukur agama)" (Riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani). MakaAllah dan Rasul-Nya yang menyeru kepada perdamaian. Firman Allah:(maksudnya) "Wahai orang-orang yang beriman, sahutlah seruan Allah danseruan Rasul-Nya apabila keduanya menyeru kamu kepada perkara-perkara yangmenjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allahberkuasa menyekat antara seseorang itu dengan jantung hatinya, dansesungguhnya kepadaNya kamu akan dihimpunkan. Dan jagalah diri kamu daripada(berlakunya) fitnah (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akanmenimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akanmenimpa kamu secara umum) dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azabseksa-Nya" (Surah al-Anfal: ayat 24- 25).
Jika kita lihat semua parti politik yang dipimpin oleh orang Islam dalamnegara ini boleh duduk semeja dengan mereka yang berbeza akidah ataukepercayaan agama, apakah tidak boleh untuk mereka duduk semeja dengan yangseagama? Apakah parti lebih besar daripada agama? Jika ada yang sanggupmeluntur warna perjuangannya selama ini disebabkan rakan kongsi bukan Islamyang berkubu bersama dengannya, apakah tidak boleh untuk duduk semeja dengansesama Muslim yang seakidah dengannya? Atas kepentingan politik yang sama,kita sanggup berbincang dengan orang lain dan meraikan perasaan mereka,bahkan menunaikan sebahagian tuntutan mereka, apakah tidak boleh untuk kitaduduk semeja atas nama kepentingan umat?
Kemudian setelah kita duduk semeja berbincang, tiba-tiba ada pihak yangmelampaui batas, maka ketika itu tidak mengapalah untuk kita mengambilpendirian menghadapi puak yang melampaui batas itu. Ini bersesuaian denganarahan al-Quran dalam Surah al-Hujurat tadi. Jangan kita tidak duduk semeja,nanti kita menyanggahi arahan Allah dan rasul-Nya. Juga jika berlaku sesuatuyang tidak diingini dalam negara, nanti sejarah akan mencatatkan keenggananini sebagai satu sikap buruk. Anak cucu yang akan datang akan bertanya:"Perbalahan isu apakah itu sehingga mereka telah menggadaikan masa depankita?".
Saya terkenang Peperangan Jamal. Satu peristiwa yang mendukacitakan umat. Iaberlaku disebabkan isu pembunuhan Saidina 'Uthman bin 'Affan r.a. Berlakupertempuran sesama Islam. Sahabat Nabi SAW yang terkenal, Talhah bin'Ubaidah merenung panjang sebelum pertempuran itu berlaku. Ia berlakudisebabkan tangan- tangan jahat pihak musuh yang ingin melagakan sesamaIslam. Kata Talhah: "Dahulunya kita ini bagaikan satu tangan ketikamenghadapi orang lain. Hari ini kita bagaikan dua bukit yang bergerak menujusatu sama lain. Namun bagiku, dalam persoalan 'Uthman r.a aku tidak nampakmelainkan ditumpahkan darahku untuk menuntut darahnya.(Riwayat Al-Hakimdalam al-Mustadrak, dan nilai sahih oleh al-Zahabi). Walaupun niatnya betul,namun keputusan nekad itu membawa penumpahan darah dan air mata sesama kaumMuslimin. Beliau sendiri turut terkorban. Sehingga Saidina 'Ali bin AbiTalib r.a. yang berada di pihak yang bertentangan dengan Talhah melihatjenazah Talhah yang terkorban berkata: "Semoga Allah merahmatimu wahai AbuMuhammad (Talhah)! Amat berat perasaanku melihat engkau diserang di bawahbintang langit. Kepada Allah aku mengadu kelemahan dan dukacitaku. DemiAllah! Aku lebih suka sekiranya aku meninggal sejak dua puluh tahun yanglalu. (Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, 7/257). Namun penyesalan ketikaitu tidak lagi dapat mengubah catatan sejarah.
Kita memohon daripada Allah kesejahteraan masa depan umat Islam dan rakyatkeseluruhannya. Masa masih ada untuk berbincang. Jika pun tidak berjayasemua perkara, mungkin kita dapat berdamai dalam beberapa perkara. Jikatidak dapat apapun persetujuan, sekurang-kurangnya kita berusaha menyahutajaran Allah dan rasul-Nya agar yang berbalah itu berdamai. Sekurang-kurangada juga kepatuhan terhadap al-Quran dan al-Sunah. Maka, apa salahnya untukmereka duduk semeja? Diharap dgn perbincangan yg diadakan maka harga cabai akanmelambung tinggi, ini bakal menggembirakan penanam-penanam cabai selain membantumeningkatkan ekonomi mereka dan juga Negara. Ianya juga baik utk umat. Oleh itumarilah kita makan cabai...HIDUP CABAI!!!!!! Ada sapa2 nak order cabai ka???
Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin
ialah Mufti Kerajaan Negeri Perlis.

Tiada ulasan: