Khamis, September 11, 2008

SUHAIMI SAARI (JIBENG) telah kembali ke rahmatullah.... al-fatihah

11 September 2008 (11 Ramadhon 1429) Khamis - Parit Buntar. Suhaimi bin Saari atau dikenali dikalangan sahabat-sahabat al-mashoor sebagai 'JIBENG' telah kembali ke rahmatullah pada awal pagi tadi lebih kurang jam 2.00 pagi. Semasa hayatnya Allahyarham Suhaimi yang menanggung derita sakit buah pinggang selama hampir 11 tahun setelah terlibat dalam kemalangan semasa umur 25 tahun, terpaksa berulang alik setiap bulan ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk rawatan. Ada di kalangan sahabat-sahabat kita yang sempat pergi melawat Allahyarham samada di rumah dan juga di hospital. Ini yang dikatakan hubungan akrab antara kita sahabat-sahabat al-mashoor, begitu perihatin dan bersimpati dengan nasib yang menimpa sahabat-sahabat lain. Secara individu, diucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat yang perihatin. Tidak ketinggalan juga ada sahabat yang sempat menghulurkan bantuan kewangan samada secara tunai atau 'bank-in' ke dalam akaun Allahyarham.

Warga blogger MASHOORIAN85-91 mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin dan syuhada. Marilah sama-sama kita membaca ummul kitab sebagai mengiringi permergian sahabat kita Allahyarham Suhaimi bin Saari.

AL-FATIHAH.........