Rabu, Disember 17, 2008

Jemputan Ke Kenduri Adik Moza (Mohd Zambri)

Assalamu'alaikum warahmatullah...

Sahabat2 semua... Diriwayatkan oleh Assayuti daripada Azzambri katanya "adapun kenduri adiknya akan berlangsung seadanya di perkarangan akan rumah toknya yang bermukim akan kawasan Merbok. Itulah yang dinyatakan akan Merbok itu berada di naungan negeri Kedah Darul Aman. Adapun akan bila berlakunya kenduri itu adalah disebutkan pada dua puluh sembilan Zulhijjah tahun seribu empat ratus dua puluh sembilan Hijriyah bersamaan dua puluh tujuh haribulan Disember tahun dua ribu lapan Masihi bersamaan hari Sabtu."
(Riwayat Assayuti) perawi sahih niii....

Ada faham ka sahabat2... kalau tak faham baca tafsiran di bawah.

Tafsirannya:....

Masa kenduri Demon, Aji Uti bagitau aku: "Moza tak dapat hadir kenduri Demon pasai dia berada di Johor (balik kampung isteri) ketika itu. So... dia kirim salam dengan lafaz Assalamu'alaikum.... pada sahabat semua.. dan Moza pesan pada Aji Uti habaq kat aku dan wakilkan aku melalui blog ni jemput semua sahabat ke Majlis Perkahwinan adiknya yang akan di adakan seperti berikut :-

Tarikh : 27 Disember 2008 = 29 Zulhijjah 1429
Hari : Sabtu.
Tempat : F48 Jln Sek. Men. Keb. Merbok, Merbok, Kedah.

Panduan ke rumah kenduri. Dari tol Sg. Petani Utara ke Sek. Men. Keb. Merbok.

Klik gambar untuk besarkan.

Driving directions to K150
16.0 km – about 17 mins

From Sg. Petani Utara Plaza Tol
1. Head west toward 1 - 5.0 km
2. Turn right at Jalan Taman Orkid -0.4 km
3. Continue on Jalan Raya Semeling -3.1 km
4. Slight left at K1 -3.9 km
5. Turn left at K633 -1.2 km
6. Turn right at K634 -0.1 km
7. Continue on K633 -1.8 km
8. Turn right at K634 -0.2 km
9. Turn right at K150 Destination will be on the left -0.3 km

http://maps.google.com/maps?f=d&saddr=Unknown+road&daddr=5.714978,100.416584&hl=en&geocode=FceaVgAdubT9BQ%3B&mra=dme&mrcr=0&mrsp=1&sz=14&sll=5.708743,100.446625&sspn=0.0433,0.10952&ie=UTF8&ll=5.704644,100.457182&spn=0.043301,0.076904&z=14

Ehsan daripada GoogleMap http://maps.google.com/

Sapa2 yang boleh pergi bagitau aku... nanti kita konvoi sama2 ke sana.... kita set pukoi beqapa dan dimana nak berkumpoi...

Cadangan awal : berkumpul 27.12.2008 (Sabtu) tol Sg.Dua jam 10 atau 11 pagi. Sapa yang nak tunggu di mana2 tepi h/way nak ke utara boleh jugak.

Minta cadangan lain kalau ada... klik ulasan/komen/pendapat di bawah dan taip dalam kotak/ruang yang disediakan.

Sekian, wassalam.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam untuk semua.....,
Aku ada kelas hari tu,maklum le dah tua2 baru nak mengaji,dulu tak berasa nak mengaji. Kalau hangpa pi awai tak bleh la nak join. Kelas aku kat SP abih pukul 5. Kalau tak dan kirim salam le kat kekawan.JOA