Khamis, Disember 11, 2008

Osman Ramli (Demon) Selamat diijabqabulkan....




Assalamu'alaikum warahmatullah.......

Pada 11.12.2008 (Khamis) 11.20 pagi telah berlaku sejarah kehidupan yang akan kekal abadi dalam hidup kita sahabat2 Mashoorian85-91 khususnya kepada sahabat kita Osman Ramli @ Demon. Sahabat kita ni telah selamat diijabqabulkan dengan Nor Azlina bt Mohamad Azmi di dalam Masjid Jamek Prai, P.Pinang. Al-Hamdulillah berakhirlah zaman bujang sahabat kita ni. Doa kita semua, agar pasangan bahagia ini akan dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan yang penting diperbanyakkan zuriat keturunan Nabi Adam 'alaihissalam.

Kepada yang masih membujang Has, Kliwon, Mut dan .... sapa lagi ... tak igt dah.. rasanya semua dah selesai kot. 3 sahabat ni, bila lagi ?? bak kata orang tua2 "biar nangis di atas riba jangan nangis di hujung katil" ada faham ka?? aku saja reka jaa.... sapa2 faham boleh terjemahkan dalam blog ni....

Apa2 pun jangan lupa kenduri demon seperti yang diwarwarkan. 14 Dis. 2008 (Ahad). Sama2 kita meramaikan majlis kenduri Demon. Kalau sapa sampai dulu tunggu sahabat2 lain sama. Boleh kita bergambar beramai-ramai.


Ok jumpa di sana.... wassalam....