Khamis, Januari 21, 2010

CARA MENANGANI BEBELAN ISTERI

CARA MENANGANI BEBELAN ISTERI

Oleh SOLET.NET (IimamKhalid )

Cara menangani bebelan isteri Golongan isteri memang terkenal dengan
sikap suka membebel atau berleter, tidak kira pagi, petang, siang mahu pun
malam.

Bebelan golongan ini ternyata lebih pedas daripada wakil pembebel
lelaki tunggal negara di peringkat antarabangsa, membebel.com yang tak berapa
pedas itu.

Kadangkala bebelan golongan ini tidak berpadanan pun dengan perkara
yang dibebelkan itu.

Namun begitu ada satu cara yang bijak untuk menangani bebelan isteri
tercinta.

Ikuti kisah di bawah ini sebagai pengajaran bagi kita sebagai suami.
Pada zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab r.a., terdapat sepasang
suami isteri yang selalu bertengkar dan bergaduh.

Si isteri tidak henti-henti membebel. Sedang memasak pun dia membebel,
sedang membasuh pun dia membebel, sedang tidur pun kalau boleh dia nak
juga membebel.


Si suami tidak tahan dengan perangai isterinya yang sangat suka
membebel.Dia pun marah balik isterinya kerana membebel. Si isteri pula menjawab.
Si suami mula meninggikan suara.

Dari situlah mereka bertengkar dan bergaduh saban hari. Lama kelamaan
si suami merasakan yang isterinya sudah melampau.


Memandangkan keadaan rumahtangga mereka semakin parah, si suami pun
mengambil inisiatif untuk pergi berjumpa dengan Saidina Umar untuk
mengadu kelakuan isterinya.

Sebaik sahaja tiba di rumah Saidina Umar, si suami terdengar isteri
Saidina Umar sedang membebel di dalam rumah. Tetapi tidak terdengar
pula suara Saidina Umar membalas.

Mendapati isteri Saidina Umar pun begitu, si suami tidak jadi hendak
mengadukan hal isterinya. Katanya dalam hati, kalau isteri Khalifah pun
begitu, apatah lagi isteriku.

Ketika dia berpaling hendak pergi, tiba-tiba Saidina Umar memanggilnya
dan bertanya,

"Apa hajat kamu datang ke mari?"

Si suami tadi menjawab,

"Aku datang hendak mengadu hal isteri aku, tapi aku lihat
isterimu pun berkelakuan demikian terhadapmu."


Saidina Umar tersenyum lalu berkata,

"Tidak patut kalau aku tidak sabar dengan kerenahnya. Bukankah
dia telah memasak makanan untukku, membasuh pakaianku, menjaga
anak-anakku dan dia tempat aku mendapat hajatku? Sabarlah,
sesungguhnya keadaannya itu tidak lama (nanti akan baik sendiri)."


Begitulah kisahnya. Sebagai suami, kita perlu memainkan peranan
"senyap" sebagai reverse psychology dalam membentuk rumahtangga yang bahagia.


Ingatlah wahai suami. Senyap bukan bererti pengecut. Tidak menegur
dengan kata-kata juga tidak bererti penakut.


Isteri yang menjawab bukan isteri derhaka. Isteri yang memarahi suami
juga bukan dipanggil derhaka. Begitu juga jika berleter, membebel, emo,
merajuk, dan sebagainya, juga bukan derhaka.


Ingatlah wahai isteri. Suami adalah pemimpin, perlu dihormati. Namun
suami juga manusia, ada buat silap, ada nafsu, ada terpengaruh dengan hasutan
syaitan, dan sebagainya yang kadangkala perlu ditegur, dimarahi, mahu
pun dileteri.Sebab itu, di belakang setiap lelaki yang berjaya adalah seorang
perempuan
(isteri).





Wallahu a'lam.