Sabtu, Januari 10, 2009

QUNUT NAZILAH

Terjemahan :

“ Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

Sumber : Office Of the Mufti, Majlis Ugama Islam Singapura, 2 Ogos 2006




ERTI DOA QUNUT NAZILAH

Qunut Nazilah adalah do'a qunut ketika musibah atau kesulitan menimpa kaum Muslimin seperti peperangan, terbunuhnya kaum Muslimin atau diserangnya kaum Muslimin oleh orang-orang kafir. Qunut Nazilah, iaitu mendo'akan kebaikan atau kemenangan bagi kaum Mukminin dan mendo'akan kecelakaan atau kekalahan, kehancuran dan kebinasaan ke atas orang-orang kafir, Musyrikin dan sekutunya yang memerangi kaum Muslimin. Qunut Nazilah ini hukumnya sunnat, dilakukan sesudah ruku’ di raka'at terakhir pada solat wajib lima waktu berjema’ah, dan dibacakan oleh Imam.
Imam at-Tirmidzi berkata: "Ahmad (bin Hanbal) dan Ishaq bin Rahawaih telah berkata: "Tidak ada qunut dalam solat Fajar (Subuh) kecuali bila terjadi Nazilah (musibah) yang menimpa kaum Muslimin. Maka, apabila telah terjadi sesuatu, hendaklah Imam (yakni Imam kaum Muslimin atau Ulil Amri) mendo'akan kemenangan bagi tentera-tentera kaum Muslimin." [2]
Berdasarkan hadits Ibnu Abbas , bahwasanya Rasulullah صلی الله عليه وسلم melakukan qunut satu bulan berturut-turut pada solat Zhuhur, ‘Asar, Maghrib, 'Isya dan Subuh di akhir setiap solat, yakni apabila baginda telah membaca "Sami'allaahu liman hamidah dari raka'at terakhir, baginda صلی الله عليه وسلم mendo'akan kecelakaan ke atas mereka iaitu satu kabilah dari Bani Sulaim, Ri'il, Dzakwan dan Ushayyah sementara orang-orang yang di belakang baginda mengaminkannya. [3]
Hadits-hadits tentang qunut Nazilah banyak sekali, dilakukan pada solat lima waktu sesudah ruku' di raka'at yang terakhir.
Imam an-Nawawi memberikan bab di dalam Syarah Muslim dari Kitabul Masaajid, bab 54: Istihbaabul Qunut fii Jami'ish Shalawat idzaa Nazalat bil Muslimin Nazilah (bab Disunnahkan Qunut pada semua solat (yang Lima Waktu) apabila ada musibah yang menimpa kaum Muslimin)[4]
[2]. Tuhfatul Ahwadzi Syarah at-Tirmidzi II/434.
[3]. Abu Dawud no.1443, al-Hakim I/225 dan al-Baihaqi II/200 & 212, lihat Irwaa-ul
ghaliil II/163.
[4]. Lihat juga masalah ini dalam Zaadul Ma'aad I/272-273, Nailul Authar II/374-375 -muhaqqaq.

Setelah saya merujuk hadis-hadis dan perbincangan ulama' yang berkaitan dengan Qunut Nazilah di dalam beberapa sumber rujukan, saya tidak menjumpai lagi tentang Qunut Nazilah ini dibaca bersendirian oleh Nabi shallallahu `alaihi wa sallam dan para shahabatnya.
Namun hal ini pernah disentuh oleh Ibnu Qudamah dalam kitabnya iaitu Al-Mughni.Beliau menegaskan: "Tidak ada pelaksanaan qunut secara individu". Diikuti dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Syaikh Abdul Muhsin Al-Abbad hafidzohullah yang turut mengatakan hal yang sama.

Kesimpulannya,hukum membaca qunut nazilah tsabit pada solat fardhu secara berjamaah. Dan tidak ada lagi dalil yang mengatakan doa ini dibaca ketika solat secara bersendirian.
Dan sekadar tambahan,qunut nazilah juga dilakukan dalam solat witir.
Doa - doa qunut yang dibaca dalam Solat Witir bersumberkan dari hadith Nabi saw. Contoh yang selalu kita dengar (bacaan Qunut yang dibaca oleh Mazhab Syafie)."Allaahummahdinee fiman hadayta.....(sehingga akhir) " Riwayat dari Hasan bin Ali, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Dawood , al-Nasaa'i.


Qunut Nazilah sebagai doa selepas solat.

Untuk membacanya sebagai doa luar daripa solat tidak ada masalah.Kerana ia dikira sebagai doa. Cumanya, perbincangan kita diatas tadi, berkenaan boleh atau tidak baca qunut ini dalam solat secara bersendirian. Maka baca qunut ini dalam solat secara bersendirian tidak boleh, kerana tidak sabit nabi dan para sahabat membaca dalam solat secara bersendirian tetapi untuk membacanya diluar solat sekadar satu doa tidak mengapa kerana Allah sendiri menyuruh kita berdoa.
Dan Qunut Nazilah itu sendiri adalah doa. Maka tidak ada masalah untuk membacanya diluar solat.

Allah berfirman dalam surah al-Ghafir ayat 60: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang Yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk neraka jahannam Dalam keadaan hina”

WaAllahualam....

Sumber: http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=46&thread_id=447


CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH

Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal, iaitu selepas membaca
سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ ، رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ.

Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut. Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:

1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.

2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran

3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah .

Peringatan:

· Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah yang dilampirkan, bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas solat.

· Imam hendaklah meberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng’amin’kan bersama doa tersebut.

Sumber : Office Of the Mufti, Majlis Ugama Islam Singapura, 2 Ogos 2006






Tiada ulasan: