SEJUTA UMMAH TOLAK COMANGO Petition | GoPetition
Kerajaan Malaysia perlu menyekat terus aktiviti 54 NGO yang termasuk
dalam gabungan Comango kerana telah melakukan fitnah yang boleh
menghancurkan negara.
Mereka bukan sahaja menghasut rakyat supaya bersikap anti establishment,
bahkan mereka juga melobi negara-negara anggota PBB supaya menekan
Malaysia mengiktiraf perkara-perkara yang bercanggah dengan agama Islam
dan perlembagaan negara. Antaranya termasuklah:
1) Membenarkan kebebasan untuk murtad
2) Mengiktiraf budaya hidup LGBT (budaya zina dan liwat)
3) Menuntut hak keistimewaan orang Melayu dalam perlembagaan dipinda
4) Mengiktiraf ajaran sesat Syiah di Malaysia
5) Menuntut agar mana-mana ibu bapa yang memeluk Islam tidak diberi hak penjagaan anak
6) Mendesak penghapusan hukuman syariah
http://www.gopetition.com/petitions/1000000-rakyat-malaysia-sokong-comango-pengkhianat-negara.html