Isnin, Februari 15, 2010

Akhirnya...... bertemu jua jodohnya



Assalamu'alaikum warahmatullah,

Sebelum aku melaporkan perkembangan terkini, terlebih dahulu mohon maaf kerana lama tak update blog ni. Mungkin sibuk dengan pelbagai tugasan di tempat kerja, pengajian dan hal2 keluarga menyebabkan tak menyengguk blog ni agak lama. Maaf dipinta.

Al-Hamdulillah akhirnya salah seorg sahabat kita iaitu Mohd Fadzlee bin Abdul Hamid (38thn)atau dikenali dengan Kliwon atau kelawaq bertemu jua jodohnya dengan seorang Ustazah j-QAF.

Aku bersama dengan beberapa orang sahabat yg lain berkesempatan menghadiri Majlis Kenduri Perkahwinan Mohd Fadzlee (Kliwon) pada 14 Februari 2010 hari Ahad di Kg. Teluk, Sg. Dua bertentangan dengan ESSO Sg. Dua (Kedai Nizar). Antaranya Nizar (sahabat paling dkt dgn rumah kliwon), Kamal, Asri, Demon, Jefri Din, Joa dan Aji (dia pi awai skit drp kami).

Kita doakan semoga Allah memberi kebahagian dan rahmat berpanjangan kepada mereka suami isteri serta dikurniakan anak yg soleh dan solehah. Selain itu, kita doakan juga semoga jodoh mereka berpanjangan hingga ke akhir hayat, amin.....

Kepada sahabat2 lain yg blum bertemu jodoh kita doakan agar mereka juga akan dapat mengakhiri zaman bujang mereka secepat mungkin. Ahli2 kelaba bujang pun dah tak ramai. Yg masih membujang kalau tak salah ialah Has, Muttaqin, Hidir dan yg lain tu tak tau laaa...