Sabtu, Januari 23, 2010

ADUAN HALAL ONLINE

Aduan 1:
Assalamualaikum,adakah premis restoran The Manhattan Fish Market.Conothnya di Alamanda Putrajaya, Ikano Power centre, Sogo dan Centre Point mendapat Logo Halal from HDC atau JAKIM.
Tarikh Aduan :
14/04/2009 - 01:28:47
Jawapan :
Waalaikumsalam, Restoran tersebut tiada didalam rekod JAKIM/HDC. Sekian. Terima Kasih




Aduan 2:
adkah KEnny Roagers mendapat sijil Halal dari pihak Jakim?begitu juga dgn Big Apple@Donut J Co?
Tarikh Aduan :
27/04/2009 - 00:53:42
Jawapan :
Salam, Kenny Rogers dibawah syarikat Berjaya telah mempunyai sijil halal sejak Jakim lagi hingga sekarang ini. Untuk Big Apple@Donut J Co, mereka masih belum mempunyai sijil halal dari Jakim mahupun HDC. Sekian Terima Kasih



Aduan 3:
Assalamu'alaikumSaya telah menghantar emel ke Oldtown White Coffree untuk menanyakan sijil halal yang dipaparkan dalam lawan web mereka (oldtown.com.my>>our business>>our lourels) tentang mengapa sijil dikeluarkan JAIP itu hanya mengesahkan minuman sahaja, bukan makanan.Mereka telah membalas emel saya dengan menyatakan mereka mendapat pengesahan dari SAS-H Consultants Sdn.Bhd. (CO.NO. 704021-P) di mana mengikut mereka, syarikat ini bekerja rapat dengan JAKIM dan mengikut ISO 1500-2004.Soalannya apakah benar kenyataan mereka ini.Selain itu, mereka menegaskan premis mereka adalah 'Pork Free'. Itu maklum kerana menunya sememangnya tidak ada hidangan tersebut. Cuma, kemusykilannya bagaimana status sembelihan ayam untuk makanan mereka kerana ada beberapa hidangan mengandungi ayam.Terima kasih.Assalamu'alaikum.
Tarikh Aduan :
02/01/2009 - 13:12:34
Jawapan :
Assalamualaikum SAS-H Consultants Sdn.Bhd. tidak diiktiraf oleh HDC mahupun JAKIM di dalam pengeluaran sijil halal. Kenyataan tentang bekerja rapat dengan JAKIM dan mematuhi MS1500:2004 tidak dapat dipastikan kerana tidak sebarang hubungan atau perjanjian antara kedua belah pihak. Sekian, Terima kasih.




Aduan 4:
Snek kanak-kanak kek cokelat London Choco Roll di bawah syarikat LONBISCO pembungkus berwarna ungu mengandungi Emulsifier kod E471 yg saya difahamkan mengandungi lemak babi.Namun, produk ini mengandungi logo halal & sedang rancak diiklankan di televisyen.Mohon pihak anda untuk menyiasat tentang perkara ini & sekiranya tidak halal untuk dimakan oleh umat Islam, tolong wartakan segera agar kandungan haram tersebut tidak menjadi darah daging Muslim.Sekiranya pemahaman saya tentang E471 tersebut salah, usah diperbesarkan hal ini & maklumkan saya melalui emel di atas.Sekian, terima kasih di atas kerjasama anda.
Tarikh Aduan :
19/12/2008 - 15:55:47
Jawapan :
Assalamualaikum LONDON BISCUITS BERHAD adalah pemegang sijil halal HDC, E471 tidak semestinya mengandungi lemak khinzir. Ia adalah kod pengemulsi bagi Mono- and diglycerides of fatty acids (glyceryl monostearate, glyceryl distearate (Mono- and diglycerides of fatty acids) . Bahan ini boleh dihasilkan daripada tumbuhan (sawit) dan haiwan. Jika produk tersebut telah mendapat pengesahan halal, sudah pasti E471 tersebut dihasilkan daripada sumber yang halal. Terima kasih




Aduan 5:
Asslammualaikum...saya ingin tanya kepada pihak jakim...kedai CHICKEN RICE SHOP adakah halal untuk umat islam makan makanan di kedai itu?
Tarikh Aduan :
12/12/2008 - 01:28:11
Jawapan :
Assalamualaikum.. The Chicken Rice Shop (TCRS) mendapat pengesahan halal Malaysia.Kesemua outlet dan dapur utama telah mendapat pengesahan halal. Syarikat ini dedikasi di dalam mematuhi prosedur pensijilan halal Malaysia. Sekian, terima kasih.



Aduan 6:
Mamee Monster Noodle Snack chicken flavour mempunyai logo hala Jakim tetapi perencah didalamnya tidak mempunyai lo halal Jakim cuma logo halal biasa.Soalan: Adakah Jakim memeriksa kesemua kandungan makanan tersebut atau hanya sebahagian sahaja dan adakah perencah tersebut halal atau sebaliknya.
Tarikh Aduan :
07/11/2007 - 10:16:31
Jawapan:
Salam. Syarikat tersebut adalah pemegang sijil pengesahan halal yang sah dari JAKIM. JAKIM telah mengadakan pemeriksaan menyeluruh terhadap semua produk yang disahkan halal oleh kami. Ini termasuk keadaan premis, pekerja, bahan pembungkus, ramuan dan segala bahan yang berkaitan dengan proses penghasilan seseuatu produk.Pemantauan dari semasa ke semasa juga dilakukan oleh para pegawai JAKIM.Bagi menjawab soalan tuan/puan, kami perencah dan produk yang dinyatakan adalah halal. Harap maklum.



Aduan 7:
I've received and email for Ice Cream Walls Mini PopperI also have the PDF format of iti want to forward it to you but i just don't know howplease call me
Tarikh Aduan :
26/09/2007 - 11:19:02
Jawapan :
Salam, Ais krim Walls telah mendapat sijil pengesahan halal dari Badan Islam yang diiktiraf JAKIM.Walls pasaran Malaysia adalah halal dan selamat digunakan. Terima kasih.



Aduan 8:
Assalamualaikum Tuan,Saya adalah penggemar dan sejak dahulu lagi sehingga sekarang saya minum minuman ringan jenama Ribena. sebelum ini saya telah diberitahu rakan bahawa ia mengandungi sedikit arak, tapi saya tidak endahkan kerana tiada bukti kukuh. dan baru-baru ini saya telah menerima emel dari rakan lain yg mengatakan Ribena mengandugi arak (saya tidak pasti samaada arak atau alkohol). Jadi persoalannya, adakah jenama minuman itu selamat diminum oleh pengguna Islam terutamanya kerana ramai diluar sana keliru tentang anggur dan arak dalam minuman tersebut. Sekian terima kasih.Wassalam.
Tarikh Aduan :
18/03/2009 - 04:23:01
Jawapan :
Waalikumsalam..wbkt terima kasih kerana bertanya. Untuk makluman tuan, minuman jenama ribena keluaran syarikat GLAXOSMITHKLINE CONSUMER HEALTHCARE SDN BHD telah pun mendapat pengiktirafan halal sejak daripada JAKIM lagi.Sumber yang terkandung di dalam minuman tersebut bebas dari unsur alkohol dn selamat diminum oleh pengguna islam.Untuk maklumat lebih lanjut sila layari direktori e-halal.hdcglobal.com. Sekian Terima Kasih.




Aduan 9 :
Saya ada mendapat email menyatakan produk Ayam AA ditarik balik status halal. Adakah dakwaan itu benar dan saya minta kekeliruan ini dihebahkan kerana satakat ini saya tidak dapat mencari laporan yang official mengenainya. Saya cuba cari di direktori tetapi tiada yang berkaitan produk Ayam AA.
Tarikh Aduan :
14/01/2009 - 00:43:53
Jawapan :
Produk Ayam AA telah ditarik sijil halal oleh Jab Agama Islam Negeri Perak. Pihak Jakim/HDC tidak mengeluarkan sijil halal untuk syarikat tersebut.Jab Agama Islam yang mengeluarkan sijil halal untuk syarikat Ayam AA. Terima kasih